Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung Merapi terus aktif selepas letusan hujung minggu

Jan 23, 2024 | 02:47 PM



JAWA TENGAH: Pihak berkuasa Indonesia telah menasihati penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Merapi di pulau Jawa supaya menjauhi zon bahaya yang ditetapkan kerana aktiviti gunung berapi berterusan.


Gunung Merapi memuntahkan awan panas pada awal pagi 23 Januari, kata Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, dalam catatan di platform X, yang dahulu dikenali sebagai Twitter.

Aktiviti serupa dilaporkan pada pagi 19 Januari, apabila enam muntahan awan panas berlaku, menurut agensi berita Antara.


Pada 21 Januari, Gunung Merapi meletus dan mengeluarkan kepulan asap ke langit.

Campuran batu dan lahar bergerak sejauh 2 kilometer menuruni lereng gunung berapi itu, kata Dr Agus Budi Santoso, ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi Indonesia (BPPTKG).

Abu turut menyelubungi beberapa kampung berhampiran, katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi penduduk yang tinggal di lereng gunung berapi itu dinasihatkan supaya berpindah sekurang-kurangnya 7 kilometer dari mulut kawah, kata laporan media.

Pada 22 Januari, Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo merasmikan empat laluan pemindahan untuk masyarakat yang berhampiran Gunung Merapi.

Jalan raya termasuk di Sukomakmur dan Petung Pakis “kini sudah siap”, kata Presiden Jokowi, semasa lawatannya ke kota Magelang, seperti dilaporkan Antara.


Pemerintah Indonesia memperuntukkan 14.6 trilion rupiah ($1.25 bilion) dalam bajet negara untuk pembaikan dan pembinaan jalan raya pada 2023, menurut laporan Jakarta Globe.


Bagi Jawa Tengah, wilayah di mana terletaknya Gunung Merapi, sejumlah 1.36 trilion rupiah telah diperuntukkan untuk membaiki dan membina 40 bahagian jalan, tambahnya.

Gunung Merapi, dengan ketinggian kira-kira 2,970 meter, adalah gunung berapi paling aktif di Indonesia dan terletak sekitar 30 kilometer dari Yogyakarta.

Sekitar suku juta orang tinggal dalam radius 10 kilometer dari gunung berapi, yang terletak di atas tanah yang subur – sebahagian besarnya disebabkan oleh abu daripada letusannya.

Semasa letusan besar terakhirnya pada 2010, lebih 300 orang terbunuh dan 20,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Paras amaran Gunung Merapi kini berada pada tahap kedua tertinggi, menurut laman web BPPTKG. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >