Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru muzik dipenjara 20 tahun bunuh mahasiswi

Jan 5, 2024 | 3:46 PM
PENJARA 20 TAHUN: Tertuduh, Rochmad Bagus Apriyatna, seorang guru muzik, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh seorang mahasiswi jurusan undang-undang tahun ketiga.
PENJARA 20 TAHUN: Tertuduh, Rochmad Bagus Apriyatna, seorang guru muzik, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh seorang mahasiswi jurusan undang-undang tahun ketiga. - Foto TANGKAP SKRIN VIDEO

SURABAYA: Seorang guru muzik dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Januari, kerana membunuh Cik Angeline Nathania, mahasiswi tahun tiga jurusan undang-undang, di Universiti Surabaya (Ubaya).

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg pakaian, dalam gaung pada Jun tahun 2023, lapor Jakarta Globe.

Rochmad Bagus Apriyatna, 41 tahun, didapati bersalah mencekik Angeline hingga mati dan seterusnya mencuri keretanya, Mitsubishi X-pander.

Hakim yang diketuai, Encik Ketut Kimiarsa, ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Daerah Surabaya, berkata tertuduh melakukan pembunuhan terancang.

Jenazah Angeline dimasukkan ke dalam beg pakaian dan dibuang di gaung, yang terletak di Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur.

“Defendan, Rochmad Bagus Apriyatna, telah didapati secara konklusif bersalah, atas tuduhan membunuh terancang dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun,” kata hakim semasa membacakan keputusan itu.

Ketika ditanya sama ada dia berhasrat untuk merayu sabitan kesalahannya, Rochmad menjawab: “Saya terima hukuman saya, Yang Berhormat.”

Siasatan polis mengenal pasti Rochmad sebagai suspek tunggal, mengesahkan bahawa dia adalah orang terakhir yang berhubung dengan mangsa.

Kesimpulan ini dibuat daripada rakaman kamera keselamatan di sebuah apartmen tempat Angeline tinggal sebelum ini.

Menurut rekod mahkamah, Angeline sudah terlebih dahulu kenal penyerangnya, setelah mengambil pelajaran muzik daripada Rochmad semasa masih di sekolah menengah.

Rochmad mengaku membunuh Angeline pada 5 Mei, dengan niat untuk mencuri hartanya sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk “memulakan perniagaan baru” di Pacitan, Jawa Timur. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg