Topic followed successfully
Go to BHkuHad undang-undang berakhir 1 Mei, Trump perlu pilih tamatkan atau teruskan perang
Had undang-undang berakhir 1 Mei, Trump perlu pilih tamatkan atau teruskan perang
Apr 23, 2026 | 5:28 PM
Had undang-undang berakhir 1 Mei, Trump perlu pilih tamatkan atau teruskan perang
Gambar yang dirakam pada 8 April 2026 menunjukkan seorang wanita berjalan melepasi mural anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel di Teheran. Sejak tercetusnya perang antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat, mural berwarna-warni mula muncul di seluruh Teheran dan kawasan sekitarnya, sarat dengan simbolisme serta tema penentangan dan keberanian.
Mural dan sepanduk telah lama menjadi ciri utama landskap bandar di Iran, khususnya di Teheran, di mana lukisan di dataran utama sering mencerminkan mesej politik kerajaan serta pendirian dasar luar negara itu. - Foto AFP
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump kini berdepan tekanan politik yang semakin meningkat apabila tempoh 60 hari di bawah undang-undang kuasa perang Amerika Syarikat hampir tamat, sekali gus memaksa keputusan sama ada menamatkan konflik di Iran atau mendapatkan kelulusan Kongres.
Konflik yang bermula pada 28 Februari itu dimulakan tanpa kelulusan Kongres, dengan Encik Trump menyatakan beliau bertindak atas kuasa sebagai panglima tertinggi bagi melindungi kepentingan strategik Amerika Syarikat serta sekutu di Asia Barat.
Laporan berkaitan
Trump lanjut gencatan senjata AS-Iran tanpa had, rundingan damai masih tidak pastiApr 22, 2026 | 2:51 PM
Dunia prihatin masa depan gencatan senjata Asia Barat selepas AS rampas kapal IranApr 20, 2026 | 11:54 AM

