Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Hadi Awang disiasat polis M’sia di bawah akta hasutan berkait isu ‘3R’

Jul 10, 2023 | 01:53 PM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).


Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk S Suresh Kumar, berkata siasatan itu dilakukan menyusuli kenyataan pemimpin PAS itu yang dipercayai mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Datuk Suresh berkata kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran di Facebook Tan Sri Abdul Hadi pada Sabtu dan isu berkenaan turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal berita tempatan pada tarikh sama.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengulas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan ke atas Ahli Parlimen Marang itu menyusuli satu hantaran di akaun Facebook bertajuk ‘Minda Presiden PAS’ pada Sabtu lalu, yang mengulas mengenai DAP.

Menurut Tan Sri Razarudin, hasil siasatan awal polis mendapati hantaran berkenaan mengandungi kenyataan berunsur perkauman yang boleh mencetus kegusaran awam.

Satu laporan polis berkait perkara ini telah dibuat di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, menurutnya.

Sebelum ini, Bukit Aman juga mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Encik Lim Guan Eng, berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R pada Ahad.

Siasatan dijalankan selepas PDRM menerima beberapa laporan polis berkait perkara itu.

Datuk Suresh berkata laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Encik Lim yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

“Kenyataan itu dipercayai diucapkan beliau semasa berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore - Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

“Pada 8 Julai lalu, Portal berita Malaysianow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu,” katanya.


“Siasatan masih dijalankan, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >