SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hadkan bekalan: Tujuh firma minyak masak Indonesia dikenakan saman

Hadkan bekalan: Tujuh firma minyak masak Indonesia dikenakan saman

May 27, 2023 | 5:33 PM

Hadkan bekalan: Tujuh firma minyak masak Indonesia dikenakan saman

CARI UNTUNG: Tujuh syarikat dikenakan saman antara $90,000 dengan $370,000 kerana mengedahkan penjualan semasa pemerintah mengenakan had harga pada awal 2022. Akibat kekurangan bekalan, Indonesia yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, terpaksa mengenakan larangan eksport.
CARI UNTUNG: Tujuh syarikat dikenakan saman antara $90,000 dengan $370,000 kerana mengedahkan penjualan semasa pemerintah mengenakan had harga pada awal 2022. Akibat kekurangan bekalan, Indonesia yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, terpaksa mengenakan larangan eksport. - Foto REUTERS

JAKARTA: Penyeliaan Persaingan Perniagaan Indonesia (KPPU) telah mengarahkan tujuh syarikat minyak masak untuk membayar saman sehingga AS$2.8 juta ($3.8 juta) pada Jumaat kerana mengehadkan penjualan produk itu semasa bekalan rendah tahun lalu.

Agensi tersebut melancarkan siasatan setelah pemerintah meletakkan had maksimum sementara bagi mengawal harga runcit produk-produk penting, dan kemudian tempoh larangan eksport minyak kelapa sawit selama tiga minggu.

Indonesia merupakan penghasil minyak kelapa sawit terbesar dunia.

Tujuh daripada 27 syarikat didapati bersalah kerana mengehadkan pengedaran jenama minyak masak mereka sedang had harga runcit itu dilaksana pada awal 2022, kata pengerusi panel KPPU, Cik Dinni Melanie.

Tujuh syarikat tersebut termasuk Salim Ivomas Pratama, anak syarikat firma makanan terbesar Indonesia, Indofood Group, selain dua anak syarikat Wilmar Group.

Syarikat-syarikat tersebut diarahkan membayar saman antara satu bilion rupiah ($90,000) hingga 40.9 bilion rupiah ($370,000)

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg