Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Haji 2025 tahun terakhir di musim panas, musim bunga pada 2026

Jun 21, 2024 | 10:45 AM
Jemaah haji yang berada di Makkah pada 20 Jun menggunakan payung dalam keadaan cuaca panas melampau di Arab Saudi.
Jemaah haji yang berada di Makkah pada 20 Jun menggunakan payung dalam keadaan cuaca panas melampau di Arab Saudi. - Foto AFP

RIYADH: Ibadah haji tahun 2025 akan menjadi musim haji terakhir pada musim panas, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NMC).

Jurucakap NMC, Encik Hussein Al-Qahtani, seperti yang dilaporkan oleh Saudi Gazzette, menyatakan: “Musim haji akan memasuki fasa baru perubahan iklim pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji musim panas semula selepas 17 tahun.”

Encik Hussein berkata tahun 2026 akan menandakan permulaan haji musim bunga selama lapan tahun berturut-turut, diikuti dengan lapan tahun lagi ibadah haji akan berlaku pada musim sejuk.

“Kami akan mengucapkan selamat tinggal haji pada musim panas untuk tempoh 16 tahun,” katanya. Beliau menambah, suhu purata sepanjang musim haji 2024 kali ini adalah sekitar antara 45 hingga 47 darjah Celsius.

Anggota dalam Majlis Shura yang juga penyelidik perubahan iklim, Dr Mansour Al Mazroui, mengesahkan tahun 2025 juga akan menyaksikan musim haji terakhir pada musim panas, dan kemudian musim haji akan jatuh pada musim bunga selama lapan tahun, selepas itu ia akan berpindah ke musim sejuk.

“Musim haji pada musim sejuk akan bermula pada tahun Hijrah 1454 dan berterusan selama lapan tahun, berakhir pada tahun Hijrah 1461 manakala haji pada musim gugur pula antara tahun 1462 dan 1469,” katanya.

Oleh itu, tambahnya, empat musim telah menyelesaikan kitaran selama 33 tahun Hijrah, untuk memasuki semula musim haji pada musim panas lagi pada tahun 1470 untuk selama sembilan tahun.

Televisyen kerajaan Arab Saudi berkata, suhu meningkat pada hari Isnin, 17 Jun setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram di Makkah.

Kementerian kesihatan Arab Saudi mengumumkan 2,764 kes berkaitan gelombang haba pada Ahad, 16 Jun, disebabkan terdedah kepada matahari dan tidak mematuhi garis panduan, termasuk berlindung daripada matahari pada waktu paling panas pada sebelah petang.

Angka kematian jemaah haji setakat data dikumpulkan AFP pada 20 Jun melebihi 1,000 orang. Lebih separuh daripada jemaah berkenaan tidak berdaftar untuk menunaikan ibadah haji dalam keadaan cuaca panas melampau di Arab Saudi.

Kajian 2024 oleh Journal of Travel and Medicine mendapati bahawa peningkatan suhu global mungkin mengatasi strategi untuk menangani kesan haba.

Kajian 2019 oleh Geophysical Research Letters mengatakan apabila suhu meningkat di Arab Saudi yang gersang akibat perubahan iklim, jemaah haji berkemungkinan menghadapi “bahaya kepanasan yang ekstrem”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg