Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji meninggal akibat panas terik meningkat lebih 900

Keluarga mencari jemaah yang hilang dipercayai akibat panas melampau kerana tidak mempunyai tempat penginapan khas dan tiada permit haji
Jun 20, 2024 | 5:19 PM
Jemaah haji berpayung pada hari ketiga melontar di Mina pada 16 Jun sedang ramai anggota keluarga, rakan  keluarga mencari jemaah haji yang hilang pada 19 Jun ketika jumlah kematian dek cuaca pans melonjak melepasi 900 orang.
Jemaah haji berpayung pada hari ketiga melontar di Mina pada 16 Jun sedang ramai anggota keluarga, rakan keluarga mencari jemaah haji yang hilang pada 19 Jun ketika jumlah kematian dek cuaca pans melonjak melepasi 900 orang. - Foto AFP

RIYADH, Arab Saudi: Rakan dan keluarga mencari jemaah haji yang hilang pada 19 Jun, apabila angka kematian pada musim haji 2024 berlangsung dalam cuaca panas terik, melonjak melepasi 900 orang.

Saudara-mara menjenguk ke hospital dan merayu dalam talian untuk mendapatkan berita, perasaan bimbang yang amat teruk selepas suhu mencecah 51.8 darjah Celsius di Makkah, pada 17 Jun.

Kira-kira 1.8 juta orang dari seluruh dunia, ramai yang lanjut usia dan kurang upaya, mengerjakan ibadah haji sepanjang hari semasa musim panas di Arab Saudi.

Seorang diplomat Arab memberitahu AFP, bahawa kematian di kalangan rakyat Mesir sahaja telah melonjak kepada “sekurang-kurangnya 600”, daripada lebih 300 sehari sebelumnya, kebanyakannya disebabkan oleh panas terik yang keterlaluan.

Angka itu menjadikan jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini kepada 922, menurut pengiraan angka AFP yang dikeluarkan oleh pelbagai negara.

Cik Mabrouka binti Salem Shushana dari Tunisia, berusia awal 70-an, telah hilang sejak kemuncak ibadah haji pada 15 Jun di Arafat, suaminya Encik Mohammed memberitahu AFP pada 19 Jun.

Kerajaan Tunisia menyatakan kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau memasuki Makkah menggunakan visa pelancong.

Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia berkata, ramai yang maut akibat kepanasan ekstrem memasuki Tanah Suci menggunakan visa lawatan atau umrah.

Jemaah yang tidak mempunyai visa haji terdedah kepada bahaya panas terik dan risiko strok haba kerana mereka tidak mempunyai tempat penginapan khas ketika berada di Arafah dan Mina serta terpaksa berjalan jauh.

Oleh kerana beliau tidak berdaftar dan tidak mempunyai permit haji rasmi, maka beliau tidak dapat mengakses kemudahan berhawa dingin yang membolehkan jemaah haji menyejukkan badan, katanya.

“Dia seorang wanita tua. Dia letih. Dia berasa sangat panas, dan dia tidak mempunyai tempat untuk tidur,” katanya. “Saya cari dia di semua hospital. Sampai sekarang saya tak tahu.”

Facebook dan rangkaian media sosial lain telah dibanjiri dengan gambar-gambar orang yang hilang dan permintaan untuk maklumat mengenainya.

Mereka yang mencari berita termasuk keluarga dan rakan Ghada Mahmoud Ahmed Dawood, seorang jemaah Mesir yang tidak diketahui sejak 15 Jun.

“Saya menerima panggilan daripada anak perempuannya di Mesir, merayu supaya saya meletakkan sebarang catatan di Facebook yang boleh membantu menjejakinya, atau mencarinya,” kata seorang rakan keluarga yang berpangkalan di Arab Saudi, yang enggan dikenali kerana khuatir dimarahi pihak berkuasa Arab Saudi.

“Berita baiknya ialah, sehingga kini kami tidak menjumpainya dalam senarai orang mati, yang memberi kami harapan dia masih hidup.” katanya. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg