Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hakim Malaysia bersihkan tandas mahkamah sendiri akibat pekerja pembersihan mogok

Jul 28, 2018 | 07:29 PM



KUALA LUMPUR: Hakim di Malaysia telah membersihkan tandas di tempat kerja mereka sendiri sejak beberapa minggu lalu akibat pekerja pembersihan mogok selepas tidak dibayar gaji oleh kontraktor.



Ketua Hakim Tan Sri Richard Malanjum, yang mewarisi masalah itu, menganjurkan sesi gotong-royong esok (29 Julai) bagi meminta semua kakitangan mahkamah dan hakim hadir membersihkan kompleks mahkamah tersebut.



Difahamkan, kerajaan telah membayar kontraktor itu dan khidmat pembersihan sepatutnya ditawarkan sehingga hujung tahun ini.



Seorang hakim Mahkamah Tinggi berkata beliau dimaklumkan tentang sesi gotong-royong itu semalam.



“Pegawai saya yang membersihkan bilik mahkamah dan koridor sejak beberapa minggu lalu.



“Saya juga cuci tandas saya sendiri. Bayangkan, saya perlu bersihkan tandas saya di sini sendiri sedangkan sudah bertahun saya tidak melakukannya di rumah,” katanya.



Tambahnya, beliau merancang membawa pembantu rumahnya untuk membersihkan bilik mahkamah dan tandasnya di tempat kerja.



“Saya perlu bayar pembantu rumah saya lebih untuk ini,” ujarnya.



Sementara itu, seorang peguam kanan berkata kompleks mahkamah itu juga amat kotor.



Malah, tandas lelaki pun tidak berfungsi dengan baik, dengan paip bocor, lantai yang basah dan bau busuk.



- THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >