Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hakim sabit kesalahan Najib disiasat dek dakwaan wang dalam akaun bank

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Seorang hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sedang disiasat berhubung dakwaan mengenai wang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.



Beliau hakim yang mensabitkan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta ($13 juta) dana SRC International Sdn Bhd, iaitu sebuah anak syarikat dana pelaburan kerajaan 1MBD.



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan telah dibuka selepas laporan dibuat.



"Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan dibuat secara rasmi. Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana tuntutan dibuat di portal atau media sosial," katanya.



Datuk Mohd Nazlan sebelum ini membuat laporan polis menafikan tuduhan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam satu artikel. Satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya berkata artikel bertajuk 'Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account' yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.



Ia juga berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Mohd Nazlan sebagai seorang hakim Mahkamah Rayuan serta mengganggu sistem keadilan dan institusi kehakiman, ujar kenyataan itu.



"Laporan polis ini juga dibuat agar siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan," tambah kenyataan itu.



Artikel Raja Petra mendakwa wang itu diterima sewaktu Datuk Mohd Nazlan menjadi peguam kumpulan dan setiausaha syarikat Maybank. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >