Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hakim tertinggi Indonesia dakwa jadi mangsa fitnah

Nov 09, 2023 | 04:35 PM



JAKARTA: Hakim Mahkamah Perlembagaan, Encik Anwar Usman, mendakwa adanya konspirasi mencemarkan nama baiknya, selepas beliau disingkirkan daripada jawatannya sebagai ketua hakim.


Ini ekoran keputusan kontroversi mahkamah yang membuka laluan kepada anak Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk menjadi calon naib presiden.

Sehari sebelum itu, Encik Anwar telah dilucutkan jawatannya sebagai ketua hakim negara oleh Majlis Kehormat mahkamah kerana pelanggaran serius kod etika dan kelakuan baik sebagai hakim.

Presiden Jokowi, yang merupakan abang iparnya, sepatutnya menarik diri daripada perbicaraan mahkamah atas usul yang ingin meminda had umur bagi calon presiden dan naib presiden.

Anak lelaki Presiden Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, 36 tahun, pada mulanya tidak layak bertanding dalam pilihan raya presiden yang akan datang, berikutan undang-undang pilihan raya umum 2017 yang memerlukan calon berumur sekurang-kurangnya 40 tahun.

Namun ketika tinggal tiga hari lagi sebelum pendaftaran untuk pilihan raya 14 Februari depan, mahkamah memutuskan bahawa peraturan itu tidak perlu dikenakan terhadap semua calon.

Pada 16 Oktober, mahkamah menambah frasa pada artikel berkaitan, menyatakan bahawa calon “mesti berumur sekurang-kurangnya 40 tahun atau mesti pernah berkhidmat atau masih berkhidmat dalam jawatan awam melalui pilihan raya umum, termasuk pemilihan ketua pemerintah wilayah”.

Encik Gibran, Mayor Solo yang dipilih, layak dan tidak lama kemudian, dipilih pula sebagai pasangan calon presiden, Encik Prabowo Subianto.

Sebagai tindak balas kepada kemarahan orang ramai yang dicetuskan ekoran keputusan kontroversi itu, mahkamah menubuhkan Majlis Kehormat tiga anggota pada 24 Oktober untuk menyiasat dakwaan pelanggaran kod etika.

Tetapi Encik Anwar berkata terdapat percubaan untuk mencemarkan nama baiknya sebelum majlis itu ditubuhkan.

“Saya tahu hal ini daripada pemerhatian saya sendiri dan daripada petua bahawa terdapat percubaan untuk mempolitikkan isu ini dan menjadikan saya sasaran berkaitan pelbagai keputusan mahkamah ini lama sebelum majlis itu ditubuhkan,” kata Encik Anwar semasa sidang akhbar di bangunan Mahkamah Perlembagaan di Jakarta.

“Walaupun menyedari senario pembunuhan watak dengan saya sebagai sasaran, saya mengekalkan pandangan positif sebagai seorang Muslim,” tambahnya, dipetik oleh Jakarta Globe.


Majlis Kehormat, yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Encik Jimly Asshiddiqie, jelas dalam tindakannya.

Selain memecat Encik Anwar daripada jawatan ketua hakim negara, majlis itu juga melarangnya daripada mengendalikan pertikaian pilihan raya apabila terdapat potensi konflik kepentingan.

Tambahan pula, beliau tidak boleh mencalonkan dirinya dalam pemilihan dalaman untuk ketua hakim negara Mahkamah Perlembagaan.

Terdahulu, aktivis dan bekas hakim di Indonesia pada Selasa mempertikai kewibawaan Encik Anwar kerana didakwa melanggar etika.

“Untuk memulihkan maruah Mahkamah Perlembagaan, kami menggesa Anwar Usman meletak jawatan supaya dia tidak lagi membebankan mahkamah,” kata Encik Ismail Hasani daripada Institut Setara, sebuah kumpulan hak asasi manusia dan demokrasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >