Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas ancam bunuh tawanan jika Israel serang orang awam di Gaza

Rakyat Amerika mungkin jadi tebusan Hamas: Biden
Oct 10, 2023 | 02:16 PM



BAITULMAKDIS: Sekurang-kurangnya 150 warga Israel telah dijadikan tebusan oleh penyerang Palestin, menurut penilaian awal yang dikongsi oleh seorang pegawai kanan tentera Israel.


Pegawai dari Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara lain berkata mereka sedang meneliti laporan bahawa rakyat mereka mungkin antara tawanan.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengatakan 11 rakyatnya terbunuh selain ada yang mungkin menjadi tebusan oleh pejuang Hamas selepas serangan mengejut ke atas Israel.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha mengesahkan bilangan korban tetapi percaya warga Amerika mungkin antara yang ditahan Hamas.

Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, dalam satu kenyataan menjelaskan setiap serangan zionis ke atas rakyat Palestin tanpa amaran akan dibalas dengan hukuman mati terhadap salah seorang tebusan.

Dalam satu video yang menjadi tular, seorang wanita Israel dan teman lelakinya – dikenali sebagai Cik Noa Argamani dan Encik Avinatan Or – diculik dengan Cik Argamani dinaikkan ke belakang motosikal. Namun CNN tidak dapat mengesahkan video itu secara bebas.


Seorang anggota keluarga tawanan Israel, Cik Gaya Kalderon, 21 tahun, kali terakhir mendengar daripada keluarganya pada 8:26 pagi pada Sabtu. “Mereka (militan Hamas) ada di sini,” kata adiknya, Sahar, 16 tahun, dalam mesej teks. “Siapa?” tanya Cik Gaya.

“Kami bersembunyi daripada mereka,” kata Sahar sambil menyatakan “Kami keluar dari rumah. Awak kat mana? Awak nak pergi mana?” Tiada balasan sejurus selepas itu.

Sehingga Ahad barulah Cik Kalderon dicerut ketakutan melihat tanda-tanda kehilangan saudara-maranya menerusi media sosial.

Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak Israel ditolak oleh militan Palestin. “Saya melihat di Instagram, dan saya melihat video,” kata Cik Kalderon. “Dan itu adik saya.”

Adiknya, Erez, 12 tahun, dan empat lagi anggota keluarga Cik Kalderon dikhuatiri antara sekitar 150 warga Israel, kebanyakannya orang awam, yang dijadikan tebusan oleh militan Hamas semasa pencerobohan terbesar ke atas wilayah Israel dalam tempoh 50 tahun.

Kira-kira 900 lagi warga Israel terbunuh, menurut satu kenyataan pemerintah. Tebusan telah diculik di rumah mereka di bandar di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza – termasuk kampung kecil Cik Kalderon di Kibbutz Nahal Oz – serta dari pangkalan tentera dan pesta tarian yang besar.

Mereka termasuk orang awam, tentera, orang kurang upaya, kanak-kanak, warga emas dan juga bayi berusia sembilan bulan.

Penangkapan begitu ramai warga Israel oleh militan Palestin telah memburukkan konflik Israel-Palestin bukan sahaja dalam jumlah tebusan semata-mata tetapi juga ancaman mengerikan Hamas terhadap mereka.

Pada malam Isnin, sayap tentera Hamas memberi amaran bahawa ia akan membunuh tebusan orang awam setiap kali serangan udara Israel menyasarkan “penduduk di rumah mereka di Gaza tanpa amaran”.

Israel telah bertindak balas dengan melancarkan serangan balas terhadap baki kumpulan bersenjata itu di dalam Israel dan siri serangan yang luar biasa ke atas Gaza, membunuh lebih 680 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Tetapi kehadiran begitu ramai warga Israel di Gaza bermakna Israel berisiko menyasar rakyatnya sendiri.

Hamas mungkin berharap bahawa dengan menahan berpuluh-puluh tawanan akan membuka peluang untuk meneruskan pertukaran tahanan secara meluas dengan Israel, kata Encik Eyal Hulata, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan Israel sehingga Januari.

Tetapi bagi Israel yang dilanda salah satu bencana terburuk dalam sejarahnya, sekarang bukan masanya untuk mempertimbangkan pertukaran sedemikian, tambah Encik Hulata.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa beberapa tawanan Israel mungkin terbunuh dalam serangan Israel yang berterusan. Tetapi itu mungkin disengajakan Hamas dengan “meletakkan mereka sebagai perisai manusia,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >