Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas enggan ganjak tebusan tidak dibebas selagi tuntutan tidak dipenuhi

Dec 11, 2023 | 11:23 AM



GAZA: Kumpulan bersenjata memberi amaran bahawa tiada tebusan akan dilepaskan hidup-hidup kecuali jika tuntutan kumpulan tersebut untuk pembebasan tahanan keturunan Palestin dari penjara Israel dipenuhi.


“Musuh fasis dan kepimpinannya yang sombong... atau penyokong-penyokongnya... tidak boleh mengambil tahanan mereka hidup-hidup tanpa pertukaran dan rundingan serta memenuhi tuntutan kami,” kata Abu Obeida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, dalam siaran televisyen, merujuk kepada pembebasan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel.

Gencatan senjata yang bertahan selama seminggu sehingga pada 1 Disember menyaksikan 105 tebusan yang ditahan oleh kumpulan itu dibebaskan, termasuk 80 warga Israel yang dibebaskan dalam pertukaran dengan 240 tahanan Palestin.

Israel pada 9 Disember mengatakan bahawa 137 tawanan masih berada di wilayah Palestin.

Dalam masa yang sama, tentera Israel pada 10 Disember menolak bantahan terhadap rakaman yang menunjukkan berpuluh-puluh orang Palestin yang dilucutkan pakaian di Gaza, mengatakan ia adalah sebahagian daripada pemeriksaan rutin, manakala Hamas menegaskan lelaki itu adalah “orang awam yang tidak bersenjata”.

Rakaman lelaki yang dilucutkan pakaian sehingga seluar dalam mereka, dengan sebahagian daripada mereka kelihatan menyerahkan senjata, disiarkan oleh media Israel pada 7 Disember melaporkan dakwaan penyerahan militan Hamas.

Klip video terbaru tersebar dan mencetuskan kemarahan di media sosial.

Semakan awal AFP menggunakan Factcheck mencadangkan salah satu adegan dirakamkan di Beit Lahia, di utara Jaluran Gaza, walaupun untuk memastikan lokasi rakaman tepat adalah sukar.


Visual seorang askar bersenjata muncul sebagai latar depan dalam satu klip, menunjukkan ia dirakam oleh seorang anggota tentera.

Dalam klip lain, yang mana AFP tidak dapat mengesahkan di mana lokasinya, memperlihatkan sekumpulan lelaki ditutup matanya dilihat duduk dengan tangan terikat di belakang ketika askar Israel mengawasi mereka.


Tentera Israel berkata pihaknya sering menanggalkan pakaian orang yang dianggap boleh menimbulkan ancaman untuk memastikan mereka tidak membawa senjata atau bahan letupan.

Tentera di Gaza menahan dan menyoal individu yang disyaki terbabit dalam ‘aktiviti pengganas’, kata tentera dalam satu kenyataan.

“Individu yang didapati tidak terbabit dalam aktiviti keganasan dibebaskan,” katanya sambil menjelaskan tahanan dilayani mengikut undang-undang antarabangsa.

Katanya, selalunya suspek pengganas perlu menyerahkan pakaian mereka supaya ia dapat diperiksa dan memastikan mereka tidak menyembunyikan jaket letupan atau senjata lain.

Ditanya mengenai imej itu pada taklimat awal minggu ini, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata pengganas sudah menyerah diri.

Rangkaian berita bahasa Arab yang berpangkalan di London, Al-Araby Al-Jadeed pada Khamis lalu, melaporkan antara warga Palestin yang ditanggalkan hingga seluar dalam adalah wartawannya Diaa al-Kahlout dan ahli keluarganya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >