Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas guna kombinasi taktik baru serang Israel

Oct 09, 2023 | 03:15 PM



GAZA: Serangan melalui udara, laut dan darat dilancarkan Hamas dari Gaza dianggap satu ‘kejayaan’ dan dilaksanakan dengan teratur yang memberi tamparan hebat kepada Israel dalam skala pertempuran terbaru yang tidak pernah disaksikan sejak 1948.


Kumpulan Pergerakan Hamas mengeluarkan rakaman video selepas melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas Israel memperlihatkan kombinasi melalui paraglider, laut dan darat.

Visual rakaman itu memaparkan anggota Hamas yang dilihat menyusup masuk ke dalam kem tentera Israel dipercayai berhampiran sempadan Gaza, sebelum berlaku insiden tembak-menembak.

Menerusi visual yang dikeluarkan oleh Media Hamas, ia memaparkan mayat tentera Israel yang bergelimpangan di dalam kem tentera yang kemudiannya dibawa masuk ke Gaza oleh anggota Hamas.

Selain itu, anggota Hamas turut melakukan pengeledahan di rumah yang diduduki warga Israel serta meninjau di sekitar bandar yang diduduki Israel setelah tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar visual itu, walaupun terdapat bendera Israel di lokasi terbabit.

Menurut penganalisis politik veteran Israel, Encik Meron Rapaport, Israel sedang melalui situasi yang mereka tidak pernah gambarkan sebelum ini.

Taktik serangan mengejut seperti ini belum pernah dilakukan oleh Palestin, sejak berlakunya peningkatan paling serius dalam konflik Israel-Palestin sejak kebelakangan ini.

Perang berskala besar itu berlaku apabila pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan Karem Abu Salemm (Kerem Shalom) yang menghubungkan wilayah Gaza selama dua minggu.

Seiring pelancaran ribuan roket ke arah wilayah yang diduduki, ratusan pejuang Palestin menyerang kawasan tentera Israel di bahagian selatan.

Objektif Hamas menerusi operasi Banjir al-Aqsa adalah untuk membalas dan menghukum Israel kerana pendudukan, penindasan dan penempatan haram serta pencemaran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Kedua, Operasi Banjir al-Aqsa adalah tanda protes Hamas terhadap normalisasi negara Arab dengan Israel dan akhir sekali perang terbaharu ini sebagai langkah untuk mendapatkan pertukaran banduan serta tahanan politik lain dari penjara Israel. Pemimpin Hamas, Encik Yahya al-Sinwar ditahan lebih dua dekad di penjara Israel sebelum dibebaskan dalam pertukaran tahanan.

Penganalisis juga melihat serangan itu sebagai ‘menghukum dan balas dendam’ setelah ketua tentera Hamas, Encik Mohammed Deif kehilangan orang tersayang akibat keganasan Israel yang menyaksikan bayi lelaki, anak perempuan berusia tiga tahun dan isterinya maut dalam serangan udara Israel pada 2014.

Serangan kali ini disifatkan sebagai satu tamparan kepada Israel yang selama ini memperlekehkan perjuangan Palestin.

Encik Rapoport menyifatkan perkhidmatan perisikan Israel berada dalam keadaan terkejut dan kepercayaan Israel terhadap tentera telah lebur.

“Ini adalah kegagalan tentera dan perisikan yang pasti Israel perlu mengambil masa yang lama untuk pulih, dari segi keyakinan diri,” katanya.

Tambahnya, selama bertahun-tahun Israel telah membangunkan rangkaian infrastruktur kawalan yang canggih dan mahal di dalam serta sekitar Gaza yang telah dikepung sejak 2007.

“Sepatutnya ada kamera di sana, dron di udara. Ini adalah tamparan hebat yang tidak dapat dibayangkan oleh tentera Israel,” katanya.

Encik Rapoport menyatakan bahawa unit perisikan tentera Israel yang dikenali sebagai Unit 8200, dapat mengetahui butiran paling halus dalam kehidupan rakyat Palestin.

Namun peliknya, kali ini mereka tidak dapat mengesan ratusan atau ribuan roket yang dilancarkan pejuang Palestin.

“Imej-imej di televisyen yang menunjukkan remaja berbisik kepada media bertanya di mana tentera berada, sungguh memberi kesan.

“Pejuang Palestin menembak di luar tetapi tentera masih belum muncul. Situasi ini menjadi sangat sukar untuk dipulihkan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >