Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima rakyat Palestin maut dalam serangan helikopter Israel

Jun 20, 2023 | 04:43 PM



JENIN (Palestin): Lima rakyat Palestin termasuk seorang dikatakan militan terbunuh apabila tentera Israel melancarkan serangan di Tebing Barat pada Isnin yang juga menyaksikan lapan anggota keselamatan Israel cedera dan jarang melibatkan penggunaan helikopter.


Pihak berkuasa Palestin melaporkan “tembakan sengit” oleh tentera Israel dalam apa yang disifatkan tentera sebagai “aktiviti rutin” dengan sebuah kenderaan berperisai dikatakan terkena letupan “dramatik”.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 91 cedera dalam serangan itu.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Ahmed Saqer, 15 tahun; Khaled Assassa, 21 tahun; Qais Jabareen, 21 tahun; Ahmad Daraghmeh, 19 tahun; dan Qassam Abu Saria, 29 tahun.

Jihad Islam Palestin mendakwa Abu Saria sebagai pejuang kumpulan militan itu.

Antara yang cedera ialah wartawan Palestin , Encik Hazem Nasser, yang dimasukkan ke hospital dengan kesan tembakan, menurut agensi Wartawan Palestin.

Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan dengan ambulans ke hospital Ibn Sina di utara Tebing Barat pada awal petang, kata seorang wartawan AFP.


Orang ramai, antaranya lelaki bersenjata Palestin, berkumpul di luar hospital di Jenin untuk menguruskan pengebumian mereka yang terbunuh dalam pertempuran 11 jam.

Timbalan gabenor Jenin, Encik Kamal Abu al-Rub, memberitahu AFP bahawa tentera Israel telah melancarkan serbuan itu sekitar 4 pagi waktu tempatan.


“Tentera menyerbu kem (pelarian Jenin) dan bandar selepas solat subuh dengan bunyi tembakan yang kuat,” katanya.

Penduduk kem Jenin, Encik Bassem Talib, 38 tahun, berkata beliau “terjaga apabila mendengar bunyi tembakan pada 4.15 pagi”.

“Tentera menyasarkan apa sahaja yang bergerak,’‘ tambahnya.

Seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian berkata tentera Israel berundur dari Jenin sekitar 3.10 petang.


Tentera Israel berkata sebuah kenderaan berperisai terkena bedilan yang “sangat luar biasa dan dramatik” sekitar 7.10 pagi ketika mereka menjalankan “aktiviti rutin” untuk menangkap dua “suspek yang dikehendaki” – seorang anggota bersekutu dengan gerakan Islam Hamas dan seorang lagi dengan Jihad Islam.

“Lima anggota polis sempadan kami cedera, dan dua askar juga cedera ringan,” kata jurucakap tentera, Encik Richard Hecht.

Tentera Israel berkata sebuah helikopter Apache telah melepaskan peluru berpandu sebagai sokongan kepada askar semasa operasi untuk menyelamatkan mangsa. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >