Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamas lancar serangan balas roket ke Tel Aviv

Oct 13, 2023 | 3:25 PM
LANCAR ROKET: Kumpulan militan Hamas dilaporkan telah menembak roket bertubi-tubi ke arah Tel Aviv pada Khamis susulan serangan udara Israel ke atas orang awam di Gaza.
LANCAR ROKET: Kumpulan militan Hamas dilaporkan telah menembak roket bertubi-tubi ke arah Tel Aviv pada Khamis susulan serangan udara Israel ke atas orang awam di Gaza. - Foto EPA-EFE

GAZA: Kumpulan Hamas pada Khamis melepaskan roket bertubi-tubi ke arah Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel yang menyasarkan “orang awam” di dua kem pelarian Gaza, kata kumpulan Palestin itu.

“Briged Ezzedine al-Qassam melepaskan roket ke Tel Aviv sebagai tindak balas kepada (serangan Israel) yang menyasarkan orang awam di kem Al-Shati dan Jabalia,” kata Hamas, merujuk kepada sayap bersenjatanya, dalam mesej teks yang dihantar kepada wartawan.

“Pendudukan (pasukan Israel) melakukan pembunuhan beramai-ramai pagi ini di kem Al-Shati dan kem Jabalia, menyebabkan berpuluh-puluh mati dan cedera,” kata Encik Iyad al-Buzum, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Wartawan AFP yang menyaksikan serangan udara selama 30 minit pada pagi Khamis ke arah kem Al-Shati dan di jaluran utara yang disekat itu turut mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh mayat dan enam bangunan musnah di kem Al-Shati.

Hamas menggesa rakyat Palestin supaya mengadakan bantahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa dan bertahan di situ sepanjang Jumaat dengan umat Islam turut menunaikan solat Jumaat.

Hamas turut meminta rakyat Palestin di Tebing Barat untuk “berdemonstrasi, bergerak dan bertempur”.

Israel telah melancarkan kempen udara terhadap kumpulan Hamas di Gaza selepas kumpulan itu melakukan serangan mengejut ke atas Israel pada Sabtu yang mengorbankan lebih 1,200 orang.

Kira-kira 1,200 orang lagi terbunuh di kawasan pantai Palestin dalam serangan udara Israel, menurut pegawai Hamas.

Israel telah mengenakan “kepungan sepenuhnya” ke atas Gaza, memotong bekalan air, bahan api dan elektrik.

Israel telah berikrar bahawa ia tidak akan membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga Hamas membebaskan semua tebusan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg