Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas mahu libatkan puak Palestin lain tadbir Gaza selepas perang

May 16, 2024 | 02:39 PM



DOHA/BAITULMAKDIS: Ketua Hamas, Encik Ismail Haniyeh, berkata pergerakannya akan terlibat dalam memutuskan pemerintahan selepas perang di Gaza bersama-sama puak Palestin yang lain.


“Kami menyatakan bahawa Hamas akan kekal berada di sini dan ia akan menjadi pergerakan dan semua puak kebangsaan (Palestin) akan memutuskan pemerintahan pascaperang di Gaza,” kata Encik Haniyeh dalam ucapan di televisyen pada 15 Mei.

Beliau juga berkata nasib rundingan gencatan senjata masih tidak pasti kerana “desakan Israel untuk menduduki persimpangan Rafah dan meluaskan pencerobohannya” di wilayah Palestin sejak serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.

Ucapan Encik Haniyeh menandakan ulang tahun ke-76 hari yang dikenali sebagai ‘Nakba’, apabila kira-kira 760,000 rakyat Palestin melarikan diri atau dihalau dari rumah mereka semasa penciptaan Israel pada 1948.

Encik Haniyeh mengulangi pendirian pergerakan itu berhubung rundingan gencatan senjata yang sekali lagi menemui jalan buntu.

“Sebarang perjanjian mesti memastikan gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh (tentera Israel) dari semua sektor di Jaluran Gaza, perjanjian sebenar untuk pertukaran tahanan, pemulangan orang yang dipindahkan, pembinaan semula dan menarik balik kepungan Gaza,” tegasnya.

Komennya dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata sebarang perbincangan mengenai siapa yang memerintah Gaza selepas perang hanyalah “cakap kosong” selagi Hamas kekal di wilayah itu.

“Sehingga jelas Hamas tidak mengawal Gaza dengan tenteranya, tiada entiti akan sanggup mengambil pengurusan awam Gaza kerana bimbang akan kesejahteraannya,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan.

“Syarat pertama untuk menyediakan ruang untuk entiti lain ialah memusnahkan Hamas,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, kelihatan mencabar Encik Netanyahu dengan menyatakan bahawa ia mestilah entiti Palestin yang memerintah Gaza selepas Hamas dikalahkan.

“Saya menyeru Perdana Menteri Netanyahu agar membuat keputusan dan mengisytiharkan bahawa Israel tidak akan mewujudkan kawalan awam ke atas Jaluran Gaza,” kata Encik Gallant pada 15 Mei, sambil menggesa “pemerintahan alternatif menggantikan Hamas” dengan segera.

Encik Gallant berkata tindakan ketenteraan Israel di Gaza perlu disusuli dengan tindakan politik.

Kenyataan menerusi televisyen oleh Encik Gallant menandakan penentangan paling lantang dari dalam peringkat tertinggi Israel terhadap Encik Netanyahu sepanjang konflik hampir lapan bulan dan pelbagai pihak yang telah mencetuskan keretakan politik di dalam dan luar negara.


Encik Netanyahu membayangkan, dalam respons yang tidak menamakan Encik Gallant secara jelas, bahawa laksamana bersara itu membuat “alasan” kerana belum dapat memusnahkan Hamas di Gaza.


Tetapi, perdana menteri konservatif veteran itu tidak lama kemudian kelihatan diketepikan dalam kabinet perangnya sendiri – mantan jeneral, Encik Benny Gantz, berkata Encik Gallant telah “bercakap benar”.


“Tanggungjawab pemimpin adalah untuk melakukan perkara yang betul untuk negara, tidak kira apa pun”, kata Encik Gantz dalam satu kenyataan video. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >