Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas positif usul gencatan senjata, perjanjian ‘mungkin’ dicapai: Qatar

Feb 07, 2024 | 02:28 PM



DOHA: Kumpulan militan Hamas berkata ia telah menyampaikan maklum balasnya terhadap cadangan perjanjian gencatan senjata di Gaza, dengan Amerika Syarikat melahirkan keyakinan bahawa perjanjian itu mungkin dapat dicapai.


Butiran respons Hamas itu tidak didedahkan serta-merta tetapi Qatar, yang membantu menjadi pengantara cadangan yang diserahkan kepada Hamas minggu lalu dan melibatkan pembebasan tebusan Israel yang ditahan di Gaza, berkata jawapan itu menyebabkan Qatar “optimis”.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, yang dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, berkata pihaknya sedang mengkaji maklum balas Hamas itu dan akan membincangkannya dengan pegawai Israel apabila beliau melawat Israel kelak.

“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi kami terus percaya bahawa perjanjian mungkin dicapai, dan ia sememangnya penting,” katanya dalam sidang media di Doha bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.

Mengulas respons Hamas itu, Sheikh Mohammed berkata ia adalah “tindak balas positif” tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Perjanjian itu, yang dilakar lebih seminggu lalu oleh ketua perisik Amerika dan Israel pada pertemuan dengan Mesir dan Qatar, akan menjamin pembebasan baki tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza sebagai balasan untuk berhenti berperang.

Hamas sebelum ini berkata sebarang perjanjian mesti menghasilkan pengakhiran yang muktamad kepada perang.

Israel pula berkata ia tidak akan menghentikan perang secara kekal sehingga Hamas dimusnahkan.

Sumber yang rapat dengan rundingan itu berkata gencatan senjata akan berlangsung sekurang-kurangnya 40 hari, di mana pihak militan akan membebaskan orang awam dalam kalangan tebusan yang masih ditahan.

Fasa selanjutnya melibatkan penyerahan tentera dan mayat tebusan Israel sebagai pertukaran untuk pembebasan rakyat Palestin yang dipenjarakan di Israel.

Satu-satunya gencatan senjata setakat ini, pada November 2023, dipersetujui hanya selama empat hari dan dilanjutkan sehingga seminggu. Pada masa itu, Hamas membebaskan 110 tebusan sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Israel memulakan kempen serangan tenteranya di Gaza selepas militan Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan ketika mereka menyerang selatan Israel pada 7 Oktober.

Kementerian kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 27,600 rakyat Palestin disahkan terbunuh akibat serangan balas tentera Israel, dengan ribuan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

Kira-kira 107 rakyat Palestin telah terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata kementerian itu.

Ketua jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, menyatakan bahawa 31 daripada baki tebusan yang ditahan di Gaza telah disahkan mati.

“Kami telah memaklumkan kepada 31 keluarga bahawa orang tersayang mereka yang ditawan Hamas tidak lagi dalam kalangan yang masih hidup,” katanya sambil memberitahu seramai 136 tebusan masih ditahan di Gaza. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >