Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Palestin harap lawatan Blinken hasilkan gencatan senjata

Feb 06, 2024 | 03:08 PM



RIYADH: Diplomat tertinggi Amerika Syarikat bertemu pemimpin de facto Arab Saudi pada 5 Februari yang rakyat Palestin akan menghasilkan gencatan senjata sebelum Israel meneruskan rancangan menyerang Rafah, sebuah bandar sempadan yang kini menjadi tempat perlindungan separuh penduduk Gaza.


Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, tiba di Riyadh pada permulaan lawatan pertama ke Timur Tengah sejak Washington menjadi perantara gencatan senjata di Gaza.

Pertemuan Encik Blinken dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, berlangsung kira-kira dua jam.

Menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, kedua-dua pemimpin telah membincangkan penyelarasan serantau untuk mencapai “pengakhiran berkekalan” konflik Israel-Hamas.

“Encik Blinken menekankan kepentingan menangani keperluan kemanusiaan di Gaza dan mencegah penyebaran konflik selanjutnya,” kata Encik Miller dalam satu kenyataan.

Encik Blinken tidak menjawab soalan wartawan ketika beliau kembali ke bilik hotelnya.

Tawaran gencatan senjata, yang disampaikan kepada Hamas minggu lalu oleh pengantara Qatar dan Mesir, kini menunggu jawapan daripada militan yang menyatakan mereka mahukan lebih banyak jaminan menamatkan perang yang sudah berlangsung hampir lima bulan itu.

“Mustahil untuk menyatakan jika kita akan mendapat kejayaan, bilakah kita akan memperoleh kejayaan,” kata seorang pegawai kanan Amerika kepada pemberita.

“Bola sekarang berada di gelanggang Hamas,” tambah pegawai tersebut.

Encik Blinken juga berhasrat untuk mendapatkan sokongan mengenai rancangan Amerika selepas gencatan senjata seperti membangunkan semula Gaza dan akhirnya pembentukan negara Palestin –yang kini ditolak Israel – dan memulihkan hubungan negara-negara Arab dengan Israel.

Washington juga berusaha menghalang peningkatan lebih lanjut di negara lain di Timur Tengah, selepas serangan udara Amerika beberapa hari lalu terhadap kumpulan bersenjata pro-Iran di seluruh rantau tersebut.

Encik Miller berkata bahawa kedua-dua pemimpin juga telah membincangkan keperluan mendesak untuk mengurangkan ketegangan serantau.

Di London, Menteri Pertahanan Britain, Encik Grant Shapps, memberitahu Parlimen bahawa serangan udara telah mengurangkan keupayaan Houthi Yaman untuk menyasarkan perkapalan di Laut Merah tetapi ancaman itu “tidak berkurangan sepenuhnya”.

Israel mengancam serangan darat baru ke atas Rafah, sebuah bandar kecil di sempadan selatan Mesir yang menjadi tempat perlindungan lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berkata bahawa anggota Hamas berada dalam keadaan tidak selamat daripada diburu tentera Israel di mana-mana di Gaza, termasuk di wilayah seperti Rafah.

“Militan yang bersembunyi di Rafah harus tahu bahawa mereka akan berakhir sama seperti di Khan Younis dan Bandar Gaza,” kata beliau dalam sidang media di Tel Aviv.

Encik Gallant merujuk kepada fakta bahawa tentera Israel telah menyerang banyak unit tempur Hamas di Bandar Gaza dan Khan Younis, membunuh beribu-ribu anggotanya. – Reuters.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >