Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel banjiri terowong Hamas, ketika pengantara desak gencatan senjata

Jan 31, 2024 | 01:41 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel berkata ia membanjiri terowong serangan Hamas di tengah-tengah pertempuran sengit di Gaza, walaupun pengantara antarabangsa mendesak penghentian baharu dalam perang hampir empat bulan.


Pusat pertempuran adalah Khan Younis, bandar utama selatan Gaza di mana kawasan yang luas telah diubah menjadi tanah terbiar berlumpur dengan bangunan yang musnah di bom.

Tentera Israel berkata pada 30 Januari, ia telah menggunakan taktik menyalurkan air ke dalam rangkaian terowong bawah tanah Hamas yang luas, yang digelarnya sebagai “metro Gaza”.

“Ia adalah sebahagian daripada pelbagai alat yang digunakan oleh IDF (tentera Israel) untuk mengatasi ancaman rangkaian terowong bawah tanah Hamas,” kata tentera dalam satu kenyataan, mengesahkan laporan media.

Pada permulaan perang Israel-Hamas pada Oktober, terdapat 1,300 terowong sepanjang 500 kilometer di Gaza, menurut kajian dari akademi tentera Amerika Syarikat, West Point.

Tentera berikrar untuk memusnahkannya, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel, yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan agensi berita AFP, berdasarkan angka rasmi Israel.

Kira-kira 250 tebusan turut diseret ke Gaza, semasa serangan 7 Oktober, di mana kira-kira 132 masih ditahan, termasuk mayat sekurang-kurangnya 28 orang yang dipercayai terbunuh.

Sejak serangan Hamas, Israel telah melancarkan serangan udara, darat dan laut di Gaza yang telah membunuh sekurang-kurangnya 26,751 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di wilayah itu.

Tentera Israel mengatakan, banyak tebusan yang dibawa oleh Hamas, telah atau terus ditahan dalam rangkaian terowong yang luas itu.

Pada bulan Disember, beberapa media Israel melaporkan, tentera Israel cenderung untuk membanjiri terowong dengan air laut yang dipam dari Laut Mediterranean.

Tetapi pakar telah memberi amaran, bahawa pilihan itu berbahaya dan menimbulkan risiko besar kepada orang awam Gaza yang terkepung.

“Ia akan menyebabkan kerosakan teruk kepada infrastruktur air dan kumbahan yang sudah rapuh di Gaza,” kata penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin ketika itu, Cik Lynn Hastings.

“Malah terdapat risiko bangunan dan jalan runtuh kerana peningkatan tekanan dan penyusupan air laut ke Gaza.”

Pada 30 Januari, tentera berkata ia telah menjaga dengan cara untuk tidak “merosakkan air bawah tanah di kawasan itu”.

“Pengepam air hanya dilakukan di laluan terowong dan lokasi yang sesuai, padankan kaedah operasi untuk setiap kes,” katanya.

“Alat ini adalah salah satu daripada pelbagai keupayaan yang dibangunkan oleh IDF dan badan keselamatan Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini, untuk beroperasi terhadap infrastruktur bawah tanah Hamas di Jaluran Gaza.” - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >