Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamas tuntut pembebasan tahanan Palestin, keluar video tebusan wanita

Oct 17, 2023 | 12:51 PM
TUNTUT PEMBEBASAN: Seorang wanita memetik gambar dengan telefon bimbitnya imej para tebusan Israel yang diculik kumpulan Hamas dalam serangan pada 7 Oktober.
TUNTUT PEMBEBASAN: Seorang wanita memetik gambar dengan telefon bimbitnya imej para tebusan Israel yang diculik kumpulan Hamas dalam serangan pada 7 Oktober. - Foto AFP

BAITULMAKDIS: Seorang pemimpin tertinggi Hamas berkata pada Isnin bahawa kumpulan itu “mempunyai apa yang diperlukan” untuk membebaskan semua rakyat Palestin di penjara Israel.

Ini menunjukkan kumpulan itu mungkin cuba menggunakan tawanan Israel sebagai tawar-menawar untuk mendapatkan pembebasan tahanan Palestin.

Tidak lama selepas pegawai Hamas, Encik Khaled Meshaal, membuat kenyataan mengenai tawanan, termasuk warga Israel dan bukan Israel yang diculik Hamas pada 7 Oktober, sayap bersenjata kumpulan itu secara berasingan menyatakan tawanan bukan warga Israel adalah “tetamu” yang akan dibebaskan “apabila keadaan mengizinkan”.

Tentera Israel mendakwa, Hamas kini menahan seramai 199 tebusan di Gaza namun kumpulan Hamas berkata jumlah yang ditahan kini mencecah antara 200 dengan 250.

Hamas, telah lama meminta pembebasan kira-kira 6,000 warga Palestin di penjara Israel, dan “mempunyai apa yang diperlukan untuk mengosongkan penjara semua tahanan,” kata Encik Meshaal, bekas ketua Hamas yang kini mengetuai pejabat diasporanya di Doha, memberitahu TV AlAraby.

Pada 2011, Israel menukar ratusan tahanan Palestin untuk meraih pembebasan seorang askar Israel, Gilad Shalit, yang ditahan selama lima tahun.

Pertukaran semacam itu – yang pada masa itu dikritik oleh beberapa orang Israel sebagai terlalu berat sebelah – kelihatan tawar-menawar yang mustahil dengan berpuluh-puluh orang ditahan.

Israel, pula berkata ia akan bertindak untuk membebaskan tebusan sambil menghapuskan Hamas.

Tawanan dipercayai termasuk warga Thailand dan Jerman. Negara lain juga melaporkan rakyat mereka hilang. Warga Israel dengan dua kewarganegaraan di negara termasuk Amerika Syarikat juga dipercayai telah diculik.

Lewat Isnin, Hamas mengeluarkan video yang menunjukkan kenyataan salah seorang tawanan, seorang wanita Perancis-Israel, yang diculik dalam serangan minggu lalu.

Keluarganya adalah antara kumpulan yang merayu kepada presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, supaya membebaskan saudara mereka yang hilang.

Tahanan, Cik Mia Schem, 21 tahun, meminta untuk dikembalikan kepada keluarganya dengan segera.

Melalui rakaman video itu, Cik Schem yang mengalami kecederaan di lengan dilihat menerima rawatan oleh kakitangan perubatan.

Tentera Israel berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan keluarga Cik Schem dan mengutuk Hamas sebagai organisasi pengganas. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg