Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Hampir 3,400 doktor kontrak letak jawatan

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Hampir 3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak meletak jawatan dalam tempoh enam tahun sejak 2017, antaranya disebabkan tekanan mental dan berhijrah ke luar negara.



Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa, berkata pada 2022 sahaja, seramai 1,354 doktor kontrak atau 4.58 peratus daripada keseluruhan 29,548 membuat keputusan tersebut.



"Dalam tempoh 2017 hingga 2022, seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak sudah meletak jawatan iaitu secara purata 1.91 peratus setahun.



"Antara sebabnya ialah mereka memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang mungkin menawarkan gaji lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.



"Selain itu, ada yang berhijrah ke luar negara, sebab peribadi atau masalah kesihatan termasuklah tekanan mental," katanya pada satu sesi Parlimen pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.



Pada masa sama, Dr Zaliha berkata seramai 76,381 petugas kesihatan daripada beberapa pelbagai perkhidmatan telah menjalani saringan kesihatan mental pada 2022 menggunakan instrumen Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS).



Beliau berkata seramai 2,558 atau 3.35 peratus daripada mereka mengalami gejala stres, 3,475 (4.55 peratus) alami keresahan dan 2,123 (2.78 peratus) mengalami gejala kemurungan.



"Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum bahawa mana-mana pekerja yang bekerja dalam tempoh masa yang panjang boleh mempengaruhi masalah kesihatan mental mereka.



"Masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada pelbagai faktor psikososial termasuklah kegagalan dalam mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan," katanya.



Sehubungan itu KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) pada Mei lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >