Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Haniyeh dibunuh akibat letupan bom, diseludup ke rumah tamunya di Teheran

Aug 2, 2024 | 11:39 AM
Hamas
Rumah tamu yang menjadi tempat pembunuhan pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, di Teheran dilaporkan telah diseludup dengan alat peledak dua bulan lalu. - Foto KOR PENGAWAL REVOLUSI IRAN (IRGC)

TEHERAN: Encik Ismail Haniyeh, pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh 31 Julai lalu dipercayai akibat letupan bom yang diseludup ke rumah tamu tempat beliau menginap di Teheran.

Demikian menurut tujuh pegawai Timur Tengah, termasuk dua warga Iran dan seorang pegawai Amerika Syarikat.

Menurut lima pegawai Timur Tengah, bom itu telah disembunyikan kira-kira dua bulan lalu di rumah tamu.

Rumah tamu itu dikendalikan dan dilindungi oleh Kor Pengawal Revolusi Iran di kejiranan mewah Neshat, di utara Teheran.

Bom tersebut diletupkan dari jauh sebaik sahaja Encik Haniyeh disahkan berada di dalam bilik di rumah tamu itu.

Letupan itu turut membunuh seorang pengawal peribadi.

Encik Haniyeh berada di Teheran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden baru Iran, Encik Masoud Pezeshkian.

Letupan itu menggegarkan bangunan, memecahkan beberapa tingkap dan menyebabkan sebahagian dinding luar runtuh.

Encik Haniyeh, yang pernah mengetuai pejabat politik Hamas di Qatar, pernah tinggal di rumah tamu itu beberapa kali ketika melawat Teheran.

Pegawai Iran dan Hamas berkata pada 31 Julai bahawa Israel bertanggungjawab di atas pembunuhan itu – sama seperti penilaian beberapa pegawai Amerika yang enggan nama mereka disiarkan.

Pembunuhan itu menimbulkan ancaman satu lagi gelombang keganasan di Timur Tengah dan menjejas rundingan gencatan senjata di Gaza.

Encik Haniyeh pernah menjadi perunding utama dalam rundingan gencatan senjata.

Israel tidak secara terbuka mengakui bertanggungjawab di atas pembunuhan itu tetapi pegawai perisikan Israel memberi taklimat kepada Amerika dan pemerintah Barat mengenai butiran operasi sejurus selepas itu, kata lima pegawai Timur Tengah itu.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata negaranya tidak mengetahui rancangan membunuh.

Beberapa jam selepas pembunuhan tersebut, timbul spekulasi Israel mungkin telah membunuh Encik Haniyeh dengan serangan peluru berpandu, mungkin ditembak daripada menggunakan dron atau pesawat.

Namun, teori peluru berpandu menimbulkan persoalan bagaimana Israel boleh mengelak pengesanan sistem pertahanan udara Iran ketika melaksanakan serangan udara.

Pembunuh upahan dapat mengeksploitasi kepincangan langkah keselamatan dengan menyembunyikan bom beberapa minggu sebelum diletup. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg