Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hanya 15% setuju Netanyahu kekal PM selepas perang: Tinjauan

Jan 03, 2024 | 12:19 PM



TEL AVIV: Hanya 15 peratus rakyat Israel mahu Encik Benjamin Netanyahu kekal sebagai perdana menteri selepas perang ke atas Hamas di Gaza berakhir, walaupun ramai lagi masih menyokong strateginya untuk menumpaskan kumpulan militan itu, menurut dapatan hasil tinjauan pendapat yang diterbitkan pada 2 Januari.


Encik Netanyahu berjanji untuk menghancurkan Hamas selepas kumpulan militan itu menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menahan 240 tebusan.

Tentera Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza dalam serangan balas selama hampir tiga bulan yang mengakibatkan lebih 22,000 rakyat Palestin terbunuh.

Derita perang mengakibatkan sebahagian besar 2.3 juta penduduk Palestin terpaksa berpindah-randah untuk mencari perlindungan daripada pertempuran antara tentera Israel dengan Hamas.

Masalah penduduk semakin meruncing akibat masalah kekurangan makanan dan bekalan asas. Bantuan kemanusiaan juga jauh daripada mencukupi.

Akibat kekurangan ubat-ubatan, sebahagian besar hospital-hospital hampir lumpuh di Gaza.

Encik Netanyahu berkata tekanan tentera yang begitu kuat adalah penting untuk membebaskan baki 129 tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Kira-kira 100 orang telah dibebaskan pada akhir November dalam perjanjian pertukaran yang turut melibatkan ratusan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Institut Demokrasi Israel (IDI) itu, 56 peratus daripada responden berkata meneruskan serangan adalah cara terbaik untuk membebaskan tebusan.

Sementara itu, 24 peratus berpendapat perjanjian pertukaran termasuk pembebasan ribuan lagi tahanan Palestin dari penjara Israel adalah yang terbaik.

Israel berkata ia telah membunuh kira-kira 8,000 militan Palestin dan telah berikrar untuk memburu pemimpin Hamas.

Tetapi hanya 15 peratus daripada mereka yang ditinjau mahu Encik Netanyahu menjadi perdana menteri sebaik sahaja perang berakhir.

Saingan politiknya dan rakan Kabinet perang sekarang, Encik Benny Gantz, mendapat sokongan daripada 23 peratus orang yang ditemu duga. Sekitar 30 peratus menamakan tiada pemimpin pilihan.

Tinjauan itu dijalankan dalam kalangan 746 responden antara 25 Disember dengan 28 Disember, dengan tahap keyakinan mencecah 95 peratus, kata IDI.

Tinjauan IDI sebelum ini pada Disember mendapati bahawa 69 peratus rakyat Israel berpendapat bahawa pilihan raya perlu diadakan sebaik sahaja perang berakhir.

Encik Netanyahu berkata pada 30 Disember bahawa ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum kemenangan dicapai.

Tinjauan berturut-turut mendapati popularitinya telah jatuh secara mendadak sejak serangan Oktober oleh Hamas. –Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >