Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir kemuka usul bagi gencatan senjata kekal di Gaza

Dec 29, 2023 | 11:55 AM



GAZA: Mesir telah mengadakan perbincangan dengan Hamas dan sekutunya, Jihad Islam, untuk cuba menjadi perantara gencatan senjata kekal di Jaluran Gaza, yang juga dipanggil Gaza sahaja.


Perang Israel ke atas Gaza telah membunuh berpuluh-puluh ribu orang Palestin, memusnahkan wilayah yang ditadbir Hamas itu, dan menyebabkan majoriti daripada 2.3 juta penduduk Palestin hidup berpindah-randah.

Serangan itu adalah sebagai tindak balas ke atas serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh dan 240 dijadikan tebusan kumpulan itu.

Pelbagai cadangan dikemukakan oleh Mesir, termasuk Hamas dan Jihad Islam melepaskan kuasa di Gaza sebagai balasan bagi gencatan senjata kekal, kata dua sumber keselamatan Mesir.

Kedua-dua kumpulan menolak cadangan itu, menurut sumber Mesir itu lagi.

Namun, pegawai Hamas dan Jihad Islam menafikan secara terbuka apa yang dikatakan sumber tersebut kepada Reuters.


Pemimpin kedua-dua kumpulan itu telah berulang kali menegaskan masa depan pascaperang Gaza harus diputuskan oleh rakyat Palestin sendiri dan bukannya mengikut telunjuk asing.

Israel telah berikrar akan memusnahkan Hamas dan Jihad Islam, dengan pembantu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu berkata ini akan melibatkan pelupusan keupayaan ketenteraan dan tadbir urus mereka dan menghapuskan radikalisasi penduduk Gaza.

Tidak jelas sama ada cadangan penyingkiran kumpulan militan daripada berkuasa akan memenuhi tuntutan tersebut.

Usul lain yang dikemukakan termasuk gencatan senjata berbilang peringkat, dengan gencatan senjata sementara awal berlangsung satu atau dua minggu, kata dua sumber keselamatan Mesir itu.

Pegawai Palestin menyatakan ia adalah gencatan senjata tiga peringkat.

Semasa gencatan kemanusiaan 10 hari pertama, Hamas akan membebaskan semua wanita, kanak-kanak dan lelaki tua yang ditahan yang ditahannya.

Sebagai balasan, Israel akan membebaskan sejumlah banduan Palestin, menghentikan semua pertempuran, menempatkan semula kereta kebal ke luar wilayah berpenduduk, dan membenarkan penghantaran bantuan perubatan dan makanan, bahan api dan gas memasak.

Peringkat kedua akan menyaksikan Hamas membebaskan semua tentera wanita Israel. Sebagai balasan Israel akan membebaskan satu lagi kumpulan rakyat Palestin yang dipenjarakan.

Peringkat ketiga mungkin berlangsung selama sebulan yang bakal menyaksikan pembebasan semua tebusan sebagai balasan untuk sejumlah tahanan Palestin.

Israel akan mengundurkan kereta kebal dari Gaza dan kedua-dua pihak akan menghentikan semua kegiatan bermusuhan.

Diminta mengulas mengenai usul gencatan senjata dalam sidang akhbar di Lebanon, pegawai kanan Hamas, Encik Osama Hamdan, berkata:

“Terdapat banyak idea, yang sedang dibentangkan, dan kami menangani idea-idea itu atas dasar bahawa kami mahukan penamatan menyeluruh terhadap pencerobohan dan bukan gencatan senjata sementara.

“Kami terbuka kepada idea yang mungkin membawa kepada itu.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >