Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Agung Israel batalkan had kuasa kehakimannya

Jan 02, 2024 | 01:43 PM



BAITULMAKDIS: Mahkamah Agung Israel telah menolak undang-undang yang telah diluluskan oleh pemerintah sayap kanan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, yang menarik balik beberapa kuasa mahkamah tinggi dan mencetuskan bantahan selama berbulan-bulan di seluruh negara.


Undang-undang yang sangat dipertikaikan itu itu adalah sebahagian daripada rombakan kehakiman lebih luas yang dicadangkan oleh Encik Netanyahu dan gabungan rakan kongsi agama dan nasionalisnya yang menyebabkan keretakan mendalam di Israel dan kebimbangan terhadap prinsip demokrasi negara itu di kalangan sekutu Barat.

Keputusan mahkamah pada 1 Januari itu boleh menguji perpaduan pemerintah darurat yang dibentuk untuk menguruskan perang menentang Hamas, yang disokong pemimpin tegar seperti Menteri Kewangan, Encik Bezalel Smotrich, dan pengkritik baik pulih kehakiman seperti Encik Benny Gantz dan Menteri Pertahanan, Encik Yoav Gallant.

Keputusan itu mendatangkan cabaran kepada pemerintah kecemasan nasional Israel yang dibentuk selepas serangan 7 Oktober, dan berpotensi mengganggu kestabilan politik negara tersebut.

Encik Smotrich menolak keputusan itu sebagai “melampau dan memecahbelahkan”, menyebabkan perpecahan pahit dalam politik Israel pada bulan-bulan sebelum serangan maut Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.

Undang-undang baru yang dibawa ke mahkamah itu telah mengeluarkan satu, tetapi bukan semua, alat yang ada pada Mahkamah Agung untuk membatalkan keputusan pemerintah dan menteri.

Ia melupuskan keupayaan mahkamah untuk membatalkan keputusan sedemikian yang dianggapnya “tidak munasabah”.

Seramai 12 daripada 15 hakim memutuskan bahawa ia adalah dalam parameter mahkamah untuk membatalkan “undang-undang asas” separa perlembagaan. Majoriti yang lebih kecil memutuskan untuk membatalkan undang-undang asas dengan berkata “ia menyebabkan kemudaratan teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini kepada ciri-ciri teras Israel sebagai negara demokrasi”.

Beberapa pegawai Israel mengakui bahawa perpecahan dalaman yang disebabkan oleh baik pulih kehakiman – yang meresap ke dalam tentera dan mendorong Encik Netanyahu untuk memecat Encik Gallant, yang telah menyeru untuk menghentikan pembaharuan.

Parti Likud pimpinan Encik Netanyahu berkata keputusan Mahkamah Agung adalah malang dan ia menentang “kehendak rakyat untuk perpaduan, terutamanya semasa perang”.

Encik Yair Lapid, pengerusi pembangkang dan mantan perdana menteri, memuji mahkamah kerana keputusan yang dibuatnya telah “memeterai tahun yang sukar dan pertikaian yang memisahkan kita dari dalam dan membawa kepada bencana paling dahsyat dalam sejarah kita”.

Mahkamah Agung, menurut ringkasan kes itu, berkata pemerintah dalam meluluskan pindaan kepada undang-undang asas “membatalkan sepenuhnya kemungkinan untuk menjalankan semakan kehakiman terhadap kewajaran keputusan yang dibuat oleh pemerintah, perdana menteri dan menteri”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >