Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hari ke-8 terowong runtuh di India: 41 masih terperangkap

Nov 20, 2023 | 03:04 PM



SILKYARA (India): Pasukan penyelamat cuba menghantar makanan yang telah dimasak, dan menyediakan sambungan telefon kepada 41 pekerja yang terperangkap selama lapan hari dalam terowong runtuh di Himalaya India.


Mereka dikatakan sedang meneroka rancangan menyelamat baru, selepas percubaan sebelum ini terhenti, kata pegawai penyelamat pada Isnin

Para pekerja itu terperangkap dalam terowong lebuh raya di Uttarakhand yang terletak di utara India, sejak ia runtuh pada 12 November dan mereka selamat, kata pihak berkuasa.

Mereka mempunyai akses kepada cahaya dan bekalan oksigen, makanan kering, air dan ubat-ubatan yang dihantar melalui paip.

Pihak berkuasa menjangkakan saluran paip enam inci kedua yang digerudi ke dalam runtuhan, untuk penghantaran makanan yang telah dimasak, akan siap tidak lama lagi.

Sebanyak 42 meter daripada anggaran 60 meter saluran paip sudah pun siap, kata Encik Bhaskar Khulbe, pegawai bertugas khas untuk projek terowong itu.

“Keutamaan kami adalah menyelamat 41 nyawa yang terperangkap di dalam terowong.

“Melalui (talian paip) ini kita akan dapat menghantar apa-apa yang perlu kepada mereka,” kata Menteri Pengangkutan Jalan persekutuan, Encik Nitin Gadkari kepada pemberita pada Ahad.

“Pegawai penyelamat juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan sambungan gentian optik melalui saluran paip ini,” tambah Encik Gadkari.

Gentian itu boleh digunakan untuk memudahkan sambungan telefon dalam terowong, untuk membantu pekerja bercakap dengan keluarga mereka.

Mereka kini menerima kacang, nasi dan barangan makanan kering lain melalui paip.

Ketua pegawai perubatan daerah RCS Panwar berkata tiga daripada mereka mengadu mereka mengalami gejala disenteri (buang air besar berdarah).

Pasukan penyelamat sedang meneroka lima kaedah baru, bagi membolehkan para pekerja itu keluar.

Namun, setelah menjalankan kerja-kerja menggerudi untuk membuka ruang, timbul masalah dan ‘bunyi retak’ secara tiba-tiba dan ini menimbulkan keadaan panik.

Pelan baru itu termasuk penggerudian secara menegak dari puncak gunung, yang diharapkan penyelamat boleh dimulakan selewat-lewatnya pada Selasa ini, sambil menunggu ketibaan jentera, kata Encik Jasvant Kapoor, pengurus besar di syarikat kendalian pemerintah SJVN, yang terlibat dalam usaha menyelamat.

Pihak berkuasa tidak menyatakan apa yang menyebabkan terowong sepanjang 4.5 kilometer itu runtuh, tetapi wilayah itu terdedah kepada tanah runtuh, gempa bumi dan banjir.

Antara 50 dengan 60 pekerja sedang berada dalam syif semalaman ketika kejadian runtuh, dan mereka yang berhampiran pintu keluar, dapat keluar dari terowong di lebuh raya negara yang merupakan sebahagian daripada laluan ziarah Hindu Char Dham. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >