Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harris terima pencalonan rasmi sebagai calon presiden Demokrat

Aug 23, 2024 | 12:53 PM
Walaupun harapan Demokrat kian tinggi dengan Cik Kamala Harris menjadi calon mereka bagi jawatan presiden, mereka menyedari pertarungan masih jauh dan mereka belum menang.
Walaupun harapan Demokrat kian tinggi dengan Cik Kamala Harris menjadi calon mereka bagi jawatan presiden, mereka menyedari pertarungan masih jauh dan mereka belum menang. - Foto REUTERS

CHICAGO: Naib Presiden Kamala Harris cuba mentakrifkan semula dirinya bagi Amerika Syarikat dan membuat perbezaan ketara antara beliau dengan pesaingnya daripada Parti Republikan, Encik Donald Trump.

Pada 22 Ogos malam (23 Ogos pagi di Singapura), Cik Harris menerima pencalonan beliau sebagai calon Parti Demokrat bagi pilihan raya presiden pada November 2024.

“Dalam banyak cara, Donald Trump adalah seorang yang tidak serius. Tetapi meletak Donald Trump kembali di Rumah Putih adalah amat serius,” kata Cik Harris dalam ucapannya semasa menerima pencalonan itu di Konvensyen Nasional Demokrat di Chicago.

Cik Harris, yang bapanya warga Jamaica dan ibunya berasal dari India, berikrar akan menjadi presiden yang mewakili semua rakyat Amerika.

“Saya akan menjadi presiden yang menyatukan kita dalam mencapai aspirasi tertinggi. Seorang presiden yang memimpin dengan mendengar. Realistik, praktikal dan mempunyai pertimbangan bijak dan sentiasa berjuang bagi kepentingan rakyat Amerika.

Beliau muncul sebagai calon Demokrat sekitar sebulan lalu selepas Presiden Joe Biden, 81 tahun, berundur daripada bertanding. Jika berjaya, beliau akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih sebagai presiden Amerika.

Merujuk kepada retorik memecahbelahkan oleh Encik Trump dalam kempennya, Cik Harris, mantan peguam negara California berusia 59 tahun, berkata: “Dengan pilihan raya ini, negara kita mempunyai peluang bernilai untuk melepasi kesulitan, sinis dan perbalahan yang memecahbelahkan.

“Ini peluang untuk menetapkan hala tuju baru, bukan sebagai anggota mana-mana parti atau puak, tetapi sebagai rakyat Amerika.”

Beliau telah mengumpul AS$500 juta ($653 juta), yang memecahkan rekod dalam sebulan, bagi kempennya dan mengecilkan jurang atau mendahului Encik Trump dalam banyak tinjauan pendapat.

Di luar pusat konvensyen, beribu-ribu penyokong Palestin berkumpul untuk membantah sokongan Amerika terhadap sekutu kuatnya, Israel.

Ia antara isu yang paling memecahbelahkan Demokrat tetapi mendapat sedikit perhatian di konvensyen itu, sesuatu yang dikatakan boleh menjejaskan sokongan bagi mereka pada pilihan raya presiden kelak. – Reuters.

Pembantu beliau berkata Cik Harris akan membincangkan rancangannya untuk mengurangkan cukai untuk kebanyakan rakyat Amerika, meningkatkan bekalan perumahan dan melarang “pencatutan harga” oleh peniaga runcit. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg