Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hezbollah, Israel beri bayangan tidak mahu perang merebak ke luar Gaza

Jan 04, 2024 | 05:29 PM



BEIRUT: Hezbollah di Lebanon dan tentera Israel membuat kenyataan yang menggambar hasrat mengelakkan risiko perang merebak ke luar Jaluran Gaza selepas satu serangan dron membunuh seorang timbalan ketua Hamas di Beirut.


Dalam satu ucapan di Beirut pada 3 Disember, pemimpin Hezbollah, Encik Hassan Nasrallah, berikrar tenteranya yang disokong Iran “tidak boleh berdiam diri” berikutan pembunuhan timbalan ketua Hamas, Encik Saleh al-Arouri, pada 2 Disember.

Encik Nasrallah berkata tenteranya akan berjuang habis-habisan jika Israel memilih untuk meluaskan perangnya ke atas Gaza ke Lebanon.

Beliau tidak membuat sebarang ancaman konkrit untuk bertindak terhadap Israel bagi menyokong Hamas, sekutu Hezbollah yang juga disokong Iran.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan ia bersedia dengan sebarang senario selepas serangan dron yang meragut nyawa Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di Beirut itu.

Sementara itu, Hamas dalam satu kenyataan menegaskan insiden itu tidak membawa erti kekalahan kepada mereka.

Ketua Biro Politik Hamas, Encik Ismail Haniyeh, berkata pemimpin itu gugur demi maruah rakyat Palestin dan mereka akan tetap mempertahankan wilayah itu.

Pembunuhan Encik Arouri sekali gus mencetuskan kebimbangan perang Israel ke atas Gaza, yang berlarutan selama tiga bulan, berisiko merebak menjadi konflik serantau.

Israel tidak mengesah mahupun menafikan membunuh Encik Arouri tetapi telah berikrar akan memusnahkan Hamas berikutan serangan rentas sempadan kumpulan itu pada 7 Oktober 2023, yang membunuh 1,200 orang di Israel dan kira-kira 240 diculik.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, ketika ditanya apa sedang dilakukan Israel untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindak balas Hezbollah, memberitahu seorang wartawan: “Saya tidak akan respons kepada apa yang anda nyatakan tadi. Kami memberi tumpuan pada perjuangan menentang Hamas.”

Apabila ditanya tentang ucapan Encik Nasrallah, jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, memberitahu wartawan: “Kami tidak melihat Hezbollah melompat dengan kedua-dua kakinya untuk datang membantu Hamas.”

Seorang lagi pegawai Amerika, yang bercakap kepada pemberita dengan syarat namanya tidak disiarkan, mencadangkan Hezbollah mahupun Israel tidak mahu berperang.

“Daripada apa yang kami boleh katakan, tidak ada keinginan jelas untuk Hezbollah berperang dengan Israel atau sebaliknya,” kata pegawai itu.

Pembunuhan Encik Arouri adalah petanda baru potensi perang itu merebak jauh ke luar Gaza, melibatkan Tebing Barat, yang diduduki Israel, tentera Hezbollah di sempadan Lebanon-Israel serta laluan perkapalan di Laut Merah.

Encik Arouri, 57 tahun, yang menetap di Beirut, adalah pemimpin politik kanan Hamas pertama terbunuh di luar wilayah Palestin sejak Israel memulakan serangan terhadap kumpulan itu.

Hezbollah terbabit dalam berbalas serangan hampir setiap hari dengan Israel merentasi sempadan selatan Lebanon sejak perang Gaza tercetus.

Pada 3 Disember, seorang pegawai Hezbollah dan tiga anggota lainnya terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lebanon, menurut sumber keselamatan.

Encik Nasrallah berkata “tiada had dan peraturan” bagi pertempuran Hezbollah jika Israel melancarkan perang penuh ke atas Lebanon.

Beliau berkata pencerobohan Hamas pada 7 Oktober memberi tamparan hebat ke atas proses pemulihan hubungan antara Israel dan pelbagai kerajaan Arab yang disokong Amerika sejak 2020.

Kematian Encik Arouri menghapuskan nama besar dari senarai musuh utama paling dikehendaki Israel, selain boleh mendorong pemimpin Hamas lain bersembunyi, sekali gus menghalang usaha merundingkan gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan.

Israel menuduh Encik Arouri mendalangi serangan ke atas rakyatnya, namun seorang pegawai Hamas berkata beliau juga terbabit dalam rundingan membabitkan Qatar dan Mesir berhubung keputusan perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel.

Encik Nasrallah berkata demikian dalam ucapan bagi memperingati empat tahun sejak pembunuhan komander tertinggi Pengawal Revolusi Iran, Encik Qassem Soleimani, dalam serangan dron Amerika di Iraq pada 2020.


Dua letupan berlaku pada 3 Disember di tanah perkuburan di tenggara Iran tempat Encik Soleimani dikebumikan, membunuh hampir 100 orang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >