Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel terus tolak gencatan senjata; ketegangan di Lebanon meningkat

Nov 06, 2023 | 01:27 PM



GAZA/RAMALLAH: Israel menolak tekanan antarabangsa yang semakin meningkat agar ia melaksana gencatan senjata dan berkata tenteranya telah mengepung Bandar Gaza, sedang diplomat tertinggi Amerika Syarikat giat berusaha membendung krisis yang menyebabkan peningkatan ketegangan di negara jiran Lebanon.


Pakar ketenteraan Israel dilaporkan sedang menyelaras tentera darat, laut dan udara untuk memperluas operasi menggempur kubu Hamas di seluruh Palestin.

Pada masa sama, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menuntut kesemua daripada lebih 240 tebusan yang ditawan oleh Hamas ketika serangan 7 Oktober dibebaskan segera sebelum memulakan apa-apa rundingan.

“Tidak akan ada gencatan senjata tanpa pengembalian tebusan. Ini perlu dikeluarkan sepenuhnya daripada usul ini,” katanya kepada kru di pangkalan tentera udara Ramon di selatan Israel.

Menurut sumber tentera Israel, tenteranya berjaya menyusup jauh ke Gaza, mengepung Bandar Gaza dan terbabit dalam pertempuran bandar yang semakin hampir dengan markas pejuang Hamas.

Justeru, katanya, tindakan mengisytiharkan gencatan senjata atau pemberhentian sementara perang hanya akan meningkatkan risiko diserang atau kehilangan peluang melancarkan serangan.

Hamas menegaskan mereka akan hanya membebaskan tebusan jika Israel membebaskan semua tahanan Palestin, kata jurucakap Briged Izz el-Deen al-Qassam, Abu Ubaida, minggu lalu.

Katanya, Hamas juga sedia mengadakan perbincangan mengenai perjanjian “secara sebahagian” berhubung pembebasan tebusan

Gaza berada di bawah “pengeboman yang tidak pernah berlaku sebelum ini” oleh Israel pada Ahad, lapor agensi berita Palestin Wafa, manakala syarikat telekomunikasi Palestin Paltel berkata semua komunikasi dan perkhidmatan Internet telah sekali lagi dipotong.

Sejurus selepas talian diputuskan, tentera Israel melancarkan pengeboman hebat ke atas Bandar Gaza dan zon berdekatan lain di utara wilayah itu.

Beberapa letupan begitu kuat hingga boleh didengar di Rafah yang terletak di bahagian selatan, kata seorang wartawan AFP.

Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, menyertai gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata segera dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, yang membuat lawatan tanpa pengumuman ke Tebing Barat.

Selepas Encik Blinken mengulangi kebimbangan Amerika bahawa gencatan senjata boleh membantu Hamas, Encik Netanyahu menegaskan bahawa melainkan Hamas membebaskan tebusan yang ditahannya, “tidak akan ada gencatan senjata tanpa tebusan dikembalikan”.

Encik Blinken tiba di Ankara, Turkey, lewat Ahad untuk perbincangan lanjut mengenai konflik Gaza dengan Menteri Luar Turkey, Encik Hakan Fidan, pada Isnin.

Ketegangan meningkat dengan Lebanon apabila serangan Israel ke atas sebuah kereta di selatan negara itu membunuh tiga kanak-kanak dan nenek mereka, kata pihak berkuasa Lebanon.

Ketua jurucakap tentera Israel berkata tenteranya telah menyerang “sasaran pengganas Hezbollah di selatan Lebanon” sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu terhadap kereta kebal yang membunuh seorang warga negara Israel.

Beliau menambah bahawa sebuah dron Hezbollah ditembak jatuh.

Hezbollah berkata ia bertindak balas dengan menembak roket ke bandar Kiryat Shmona di utara Israel. Kumpulan itu berkata ia tidak akan bertolak ansur dengan serangan ke atas orang awam dan tindak balasnya “tegas dan kuat”.

Israel berkata 31 askar terbunuh setakat ini dalam perang sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas itu. Israel juga mahu memusnahkan kumpulan itu.

Di kem pelarian Maghazi di Gaza, kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas mendakwa bahawa serangan semalaman tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 47 orang. – Agensi berita​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >