Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hezbollah serang Haifa, Tiberias di Israel

Oct 7, 2024 | 12:15 PM
Anggota pasukan penyelamat Israel memeriksa tapak roket jatuh, di tengah-tengah pertempuran rentas sempadan antara Hezbullah dengan Israel, di Haifa, utara Israel, pada 6 Oktober.
Anggota pasukan penyelamat Israel memeriksa tapak roket jatuh, di tengah-tengah pertempuran rentas sempadan antara Hezbullah dengan Israel, di Haifa, utara Israel, pada 6 Oktober. - Foto Reuters

BAITULMAKDIS: Serangan roket Hezbollah melanda Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, kata polis Israel pada 7 Oktober, dan media Israel melaporkan 10 orang cedera di utara negara itu.

Hezbollah berkata ia menyasarkan pangkalan tentera di selatan Haifa dengan serangan peluru berpandu “Fadi 1”.

Laporan media berkata dua roket melanda Haifa di Pantai Mediterranean Israel dan lima lagi melanda Tiberias sejauh 65 kilometer.

Polis Israel berkata beberapa bangunan dan harta benda rosak, dan terdapat beberapa laporan kecederaan ringan dengan beberapa orang dikejarkan ke hospital berdekatan.

Rakaman video yang diambil oleh kamera pengawasan menunjukkan detik-detik roket Hezbollah melanda Haifa.

Reuters dapat mengesahkan lokasi secara bebas dengan reka bentuk bangunan, papan tanda perniagaan, pokok dan susun atur jalan yang sepadan dengan imej fail dan satelit kawasan tersebut.

Reuters juga dapat mengesahkan tarikh secara bebas dengan laporan yang menyokong dan waktu rakaman itu dibuat.

Dalam pada itu, tentera Israel berkata jet-jet pejuangnya telah menyerang sasaran kepunyaan Ibu Pejabat Risikan Hezbollah di Beirut, termasuk kemudahan pengumpulan perisikan, pusat arahan, dan tapak infrastruktur tambahan.

Sejak beberapa jam lalu, serangan udara Israel itu telah melanda kemudahan penyimpanan senjata Hezbollah di Beirut, kata tentera, sambil menyatakan bahawa letupan yang berlaku berikutan serangan itu, menunjukkan kehadiran senjata di kawasan yang menjadi sasarannya.

Serangan udara juga melanda sasaran Hezbollah di selatan Lebanon dan kawasan Beqaa, termasuk kemudahan penyimpanan senjata, tapak infrastruktur, pusat arahan dan pelancar roket, kata tentera.

Israel menyalahkan Hezbollah kerana sengaja meletakkan pusat perintah dan persenjataannya di bawah bangunan kediaman penduduk di tengah-tengah bandar Beirut.

Serangan udara Israel di Lebanon dilaporkan telah berhasil memusnahkan sekitar separuh daripada peluru berpandu dan roket yang dikumpulkan Hezbollah sejak lebih tiga dekad, sekali gus menjejas keupayaan kumpulan itu, ujar pegawai kanan Israel dan Amerika Syarikat.

Namun puluhan ribu peluru berpandu yang ditempatkan di seluruh Lebanon dan serangan besar boleh mengatasi sistem pertahanan ‘Kubah Besi’ (Iron Dome) Israel, kata para pegawai. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg