Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel bunuh komander kanan Hezbollah di Lebanon: Sumber

Jan 09, 2024 | 02:06 PM



BEIRUT: Israel telah membunuh seorang komander tertinggi Hezbollah dalam satu serangan di selatan Lebanon pada 8 Januari, kata sumber yang biasa dengan operasi kumpulan itu yang telah terlibat dalam pertempuran di sempadan Lebanon-Israel sejak tiga bulan lalu.


Encik Wissam Tawil ialah komander pasukan elit Radwan Hezbullah dan merupakan pegawai paling kanan terbunuh setakat ini dalam konflik berkenaan, kata sumber itu sambil menambah bahawa Encik Tawil memainkan peranan utama dalam mengarahkan operasi di selatan.

Lebih 130 pejuang Hezbollah termasuk anggota pasukan Radwan telah terbunuh dalam permusuhan sejak Hamas, sekutu Palestin kumpulan itu, menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, mencetuskan konflik yang kini bergelora di sekitar wilayah itu.

Ia menandakan konfrontasi paling dahsyat antara Israel dengan Hezbollah yang disokong Iran sejak mereka berperang pada 2006.

Peperangan itu menyaksikan Hezbollah menembak roket berpandu dan senjata lain ke arah kedudukan Israel, dengan Israel pula melancarkan serangan udara dan artileri.

Puluhan ribu orang di kedua-dua belah sempadan telah melarikan diri, dan pertempuran itu telah menimbulkan kebimbangan tentang konflik yang lebih meluas.

Encik Tawil dan seorang lagi pejuang Hezbollah terbunuh apabila kereta yang mereka naiki diserang di kawasan kampung Majdal Selm, kira-kira enam kilometer dari sempadan, kata tiga sumber di Lebanon.

Tiada komen segera daripada Israel.

Sumber kanan itu berkata kematian Encik Tawil memberi tamparan hebat memandangkan pengalamannya, termasuk penempatan bersama Hezbollah di Syria dan Iraq.

Hezbollah berkata kempen menentang Israel sekarang bertujuan menyokong rakyat Palestin di Jaluran Gaza, yang telah musnah akibat serangan balas Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober.

Permusuhan antara Hezbollah dengan Israel sebahagian besarnya telah dibendung ke kawasan berhampiran sempadan Lebanon-Israel.

Ketegangan meningkat lebih tinggi minggu lalu apabila serangan Israel membunuh timbalan pemimpin Hamas, Encik Saleh al-Arouri, di pinggir selatan Beirut, kawasan yang dikawal Hezbollah. Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Hezbollah berkata pada 6 Januari bahawa ia telah memusnahkan pos pemerhatian utama Israel dengan 62 roket sebagai “tindak balas awal” terhadap pembunuhan Encik Arouri.

Anggota lain pasukan Radwan yang terbunuh semasa pertempuran dengan Israel termasuk Encik Abbas Raad, anak ahli politik terkemuka Hezbollah.

Perang Hamas-Israel telah menarik kumpulan bersekutu Iran di seluruh rantau ini, dengan Houthi Yaman pula terlibat dalam serangan ke atas kapal-kapal komersial di Laut Merah dan melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel, dan kumpulan yang disokong Teheran di Iraq pula menyerang tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Syria. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >