Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hospital Indonesia di Gaza sesak, kurang bekalan, doktor beroperasi dalam gelap

Oct 31, 2023 | 01:39 PM



MEDAN: Sebuah hospital di Gaza yang dibiayai Indonesia kini bertungkus lumus merawat sebilangan besar pesakit yang cedera dalam siri pengeboman Israel ke atas wilayah itu.


Tugas Hospital Indonesia itu semakin mencabar di tengah-tengah bekalan ubat semakin berkurangan dan masalah kehilangan kuasa elektrik, yang menyebabkan doktor terpaksa beroperasi dalam kegelapan, kata sebuah pertubuhan sukarelawan.

Encik Fikri Rofiul Haq, seorang sukarelawan Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) yang berpangkalan di Indonesia, menyatakan Hospital Indonesia dibanjiri pesakit selepas beberapa minggu pengeboman tanpa henti oleh tentera Israel.

MER-C merupakan kumpulan bertanggungjawab menganjurkan kutipan sumbangan untuk membina hospital itu pada 2011. Tapak hospital itu diderma oleh pihak berkuasa Gaza.

Hospital Indonesia itu terletak di Beit Lahia, sebuah bandar dengan kira-kira 90,000 penduduk di utara Gaza, dan di atas tapak seluas 16,000 meter persegi.

“Di Hospital Indonesia sahaja, 870 orang telah meninggal dunia dan 2,530 orang telah dirawat kerana cedera. Sekitar 164 pesakit masih dirawat di hospital,” kata Encik Fikri.

“Sekitar separuh penduduk Gaza telah berpindah ke tempat yang difikirkan lebih selamat daripada rumah mereka, seperti sekolah dan hospital, termasuk Hospital Indonesia.

“Lebih 1,500 penduduk telah melarikan diri ke Hospital Indonesia dan berkhemah di bilik kosong dan halaman hospital,” tambahnya.

Minggu lalu, hospital itu kehilangan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api ekoran sekatan Israel ke atas kawasan tersebut, yang menghalang kemasukan bekalan penting.

“Kami sedang berusaha mencari bahan api untuk membekalkan tenaga kepada Hospital Indonesia, yang telah menyebabkan insiden pemadaman berlarutan selama lebih sejam. Doktor tiada pilihan selain melakukan pembedahan dan merawat pesakit tanpa sebarang cahaya,” katanya lagi.

“Hospital Indonesia sangat memerlukan bantuan perubatan dan kakitangan hospital keletihan kerana mereka terpaksa bekerja 24 jam sehari,” ujar Encik Fikri

Menurutnya, mendapatkan bantuan ke hospital adalah satu cabaran tetapi MER-C telah memperoleh sumbangan daripada rakyat Indonesia dan pertubuhan bantuan lain di Gaza. Para sukarelawan kemudian menghantar beberapa bekalan ke hospital pada 19 Oktober dan 24 Oktober.

“Kami mendapat beberapa ubat dan peralatan perubatan lain, tetapi masih banyak ubat yang kami tiada stok kerana sudah kehabisan,” tambahnya.

Menurut Kementerian Luar Indonesia, 45 warga Indonesia kini berpangkalan di Palestin – 10 di Gaza dan 35 di Tebing Barat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >