Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Risikan Amerika dakwa Israel tidak serang hospital di Gaza

Oct 19, 2023 | 01:33 PM



WASHINGTON: Perisikan Amerika Syarikat mendakwa Israel tidak harus dipersalahkan atas serangan ke atas hospital Gaza, kata Rumah Putih pada Rabu.


Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata bahawa ia nampaknya adalah akibat roket yang salah ditembak oleh “kumpulan pengganas”.

Beliau menyokong desakan Israel bahawa ia tidak melakukan serangan ke atas hospital itu pada Selasa yang mengorbankan beberapa ratus orang.

Kumpulan Hamas berkata Israel bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Rumah Putih berkata pada Rabu bahawa penilaian perisikan semasa menunjukkan bahawa Israel “tidak bertanggungjawab” atas letupan di hospital Gaza, tetapi maklumat itu masih dikumpul.

Penilaian itu “berdasarkan analisis imej yang diambil dari atas, pintasan dan maklumat sumber terbuka,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Cik Adrienne Watson, dalam hantaran di media sosial.

Beliau berkata demikian susulan komen Encik Biden kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, bahawa “berdasarkan apa yang saya telah dilihat, nampaknya ia dilakukan oleh pasukan lain, bukan anda”.

Encik Biden yang berada di Tel Aviv bagi lawatan singkat untuk menunjukkan perpaduan kepada Israel selepas serangan dahsyat Hamas yang membunuh lebih 1,400 orang pada 7 Oktober, memberitahu pemberita “berdasarkan maklumat yang kita lihat setakat ini, ia kelihatan seperti akibat daripada roket sesat yang dilepaskan oleh kumpulan pengganas di Gaza”.

Beliau berkata penilaian risikan itu berdasarkan pada “data yang ditunjukkan oleh Jabatan Pertahanan saya”.

Menurutnya, terdapat “ramai orang di luar sana” yang tidak pasti apa yang menyebabkan letupan itu berlaku tetapi mencetuskan bantahan di seluruh Timur Tengah. “Jadi kita perlu mengatasi banyak perkara.”

Terdapat dakwaan yang bercanggah tentang siapa yang bertanggungjawab ke atas letupan di hospital itu.

Pegawai di Gaza dengan cepat menyalahkan serangan udara Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata ia membunuh ratusan rakyat Palestin.

Israel menafikan ia terlibat dan mengeluarkan banyak video, audio dan maklumat lain yang dikatakan menunjukkan letupan itu disebabkan oleh salah tembak peluru berpandu oleh Jihad Islam, sebuah lagi kumpulan pengganas yang beroperasi di Gaza. Jihad Islam dan Hamas menolak dakwaan itu.

Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak berkata pada Rabu bahawa dakwaan Hamas harus dilayan dengan syak wasangka yang sama seperti kenyataan dari Russia.

Namun, perkhidmatan perisikan United Kingdom “sedang menganalisis bukti untuk menunjukkan secara bebas fakta” di sebalik letupan yang dahsyat itu, katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >