Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hospital Indonesia nafi tempat diguna Hamas lancar serangan

Tempat meletak kenderaan dan kawasan sekitar hospital itu digunakan untuk merawat limpahan mangsa cedera akibat serangan tentera Israel ke atas Jaluran Gaza
Nov 07, 2023 | 03:17 PM



JAKARTA: Hospital Indonesia terpaksa menggunakan tempat meletak kenderaan dan kawasan sekitarnya untuk merawat limpahan mangsa yang cedera akibat serangan tentera Israel ke atas Jaluran Gaza, kata sukarelawan perubatan Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C).


Dalam masa yang sama, pengendali hospital Indonesia di Gaza menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.

Komen itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan tentera Israel bahawa Hamas menggunakan hospital, termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.

Jurucakap tentera Israel berkata satu imej satelit menunjukkan pelancar roket diletakkan di seberang jalan dari hospital Indonesia.

Seorang lagi pegawai di MER-C berkata tiada terowong di bawah hospital itu dan tangki bahan api dan penjana kuasanya disimpan di bangunan berdekatan yang berasingan atas sebab keselamatan.

Hospital itu juga dilaporkan menghadapi masalah kekurangan ubat-ubatan yang sangat diperlukan bagi merawat pesakit yang bertali arus dengan pelbagai kecederaan.

Presiden MER-C Indonesia, Encik Farid Thalib, yang ditemui media di Jakarta pada Isnin, menyatakan kemasukan berterusan sejumlah besar mangsa memaksa pihak pengurusan hospital meletakkan mangsa di ruang luar hospital.

Semasa kecemasan, Hospital Indonesia mempunyai kapasiti untuk menerima sehingga 800 orang dan memuatkan 235 katil.

“Jumlah terkini mangsa yang dirawat terus meningkat sehingga hampir 5,000 orang termasuk orang pelarian. Mereka dirawat di tempat letak kenderaan Hospital Indonesia,’‘ tambah Encik Farid.

MER-C Indonesia mengesahkan bahawa antara 60 dengan 80 peratus daripada mangsa yang dirawat di Hospital Indonesia terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang mengalami kecederaan sederhana sehingga serius.

Kata Encik Farid, peningkatan jumlah pesakit itu berlaku memandangkan Hospital Indonesia merupakan satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan kesihatan utama khususnya di Gaza Utara.

Pemerintah Indonesia telah memberikan sokongan kemanusiaan yang konsisten untuk mangsa. Pada Ahad, pihaknya telah mengagihkan tujuh tan peralatan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa konflik di Gaza.

Bantuan perubatan itu termasuk peralatan seperti kit kecemasan untuk keperluan pembedahan kecil serta makanan untuk wanita hamil dan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

“Bantuan itu termasuk juga pakaian untuk pekerja kesihatan dan dua mesin basuh, yang juga diperlukan oleh Hospital Indonesia,” ujar Encik Farid.

Menurut beliau, selain kebolehpercayaan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pemerintah Indonesia dan Palestin yang terus dipertingkatkan, keselamatan hospital juga perlu dipastikan atas sebab kemanusiaan.

Ini kerana pihak pengurusan Hospital Indonesia di Gaza memaklumkan ia telah diserang dan dibom oleh tentera Israel sejak awal Oktober 2023 yang mengakibatkan dua kakitangan maut.

MER-C merupakan kumpulan yang bertanggungjawab menganjurkan kutipan sumbangan untuk membina hospital itu pada 2011. Tapak hospital seluas 16,000 persegi itu didermakan oleh pihak berkuasa Gaza.

Hospital Indonesia itu terletak di Beit Lahia, sebuah bandar dengan kira-kira 90,000 penduduk di utara Gaza.

Menurut Kementerian Luar Indonesia, 45 warga Indonesia kini berpangkalan di Palestin – 10 di Gaza dan 35 di Tebing Barat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >