Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Hubungan Arab Saudi-Iran di landasan yang betul: Menteri Luar Iran

Aug 18, 2023 | 12:21 PM



DUBAI: Arab Saudi dan Iran sedang membuat kemajuan dalam membaiki hubungan, kata Menteri Luar Iran selepas bertemu dengan rakan sejawatannya di Riyadh pada Khamis.


Kemajuan itu dicapai ketika dua kuasa besar itu giat berusaha untuk mengatasi permusuhan lalu dan meningkatkan kerjasama.

“Hubungan antara Teheran dan Saudi berada di landasan yang betul dan kami menyaksikan kemajuannya,” kata Encik Hossein Amirabdollahian, dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, sambil menambah bahawa “rundingan itu berjaya”.

Lawatannya ke negara itu dilakukan beberapa bulan selepas Putera Faisal bertemu dengan pegawai Iran di Teheran pada Jun selepas perjanjian yang dirintis oleh China pada Mac agar kedua-dua negara menyambung semula hubungan.

Di bawah perjanjian itu, Teheran dan Riyadh bersetuju menamatkan keretakan diplomatik dan mewujudkan semula hubungan berikutan permusuhan bertahun-tahun yang telah menjejas kestabilan serantau di Teluk, serta di Yaman, Syria dan Lebanon.

Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran pada 2016 selepas penunjuk perasaan menyerang kedutaannya di Teheran sebagai membalas dendam menyusuli hukuman mati yang dikenakan Riyadh terhadap seorang ulama terkemuka Syiah.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai pelbagai isu semasa mesyuarat kami hari ini,” kata Encik Amirabdollahian.

Putera Faisal berkata bahawa pihaknya berharap dapat melihat Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi melawat Arab Saudi berikutan jemputan Raja Salman bin Abdulaziz, yang telah disampaikannya semasa lawatan pada Jun.

Presiden Raisi berkata beliau akan mengunjungi Arab Saudi pada “masa yang sesuai”.

Putera Faisal berkata bahawa kerajaannya berminat untuk melaksanakan semua perkara utama perjanjian yang diuruskan oleh China itu sama ada bidang ekonomi atau politik, sambil menambah duta negara akan memulakan jawatan mereka di kedutaan masing-masing selepas dibuka semula kelak.

Pada Jun, Iran secara rasmi membuka semula kedutaannya di Arab Saudi dan media negara Iran melaporkan awal bulan ini bahawa kedutaan Arab Saudi di Teheran telah beroperasi semula.

“Kami menantikan fasa baharu dalam hubungan kami berdasarkan asas persaudaraan Islam dan berusaha ke arah kepentingan bersama,” kata Putera Faisal sambil menambah bahawa beliau mengalu-alukan sokongan Iran terhadap bidaan Riyadh untuk menjadi tuan rumah Ekspo 2030. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >