Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hubungan terjalin secara rahsia

Aug 21, 2023 | 05:30 AM



Hubungan keselamatan antara Arab Saudi dengan Israel dikatakan telah pun terjalin secara rahsia sejak sekian lama.

Ini didorong oleh kebimbangan mereka terhadap perluasan pengaruh seteru mereka iaitu, rejim syiah Iran di Teheran.

Ini ditambah pula dengan hubungan ‘dingin’ antara negara-negara Teluk dengan kepimpinan Fatah di Palestin.

Hamas pula kini dilihat terlalu rapat dengan Iran dan Arab Saudi dikatakan tidak mempunyai pilihan lain.

Nota: (1978 dan 1994) Mesir dan Jordan masing-masing telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada dan 17 September 1978 dan pada 26 Oktober 1994.

Berikut kronologi hubungan Arab Saudi dengan Israel

2017

Walaupun Riyadh yang merupakan sekutu Amerika Syarikat tidak menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, hubungannya dengan negara Yahudi itu semakin rapat kerana mereka berkongsi persepsi ancaman dari Iran.

Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, yang baru dilantik pada Jun 2017 dikatakan reformis yang mempunyai hubungan dengan Israel dalam agendanya.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Arab Saudi juga bakal mengikut jejak negara-negara Teluk, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain di dalam menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

2020

Pada awal 2020, Pengarah Mossad (agensi perisikan Israel), Encik Yossy Cohen, menegaskan bahawa Arab Saudi akan menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv selepas Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

September 2020


UAE dan Bahrain secara rasmi sepakat melakukan penormalan hubungan dengan Israel pada September 2020 dengan menandatangani perjanjian Abraham di Rumah Putih, Washington D.C, Amerika Syarikat.

Disember 2020


Maghribi juga ikut berdamai dengan Israel pada 10 Disember 2020, dan kededua negara sepakat untuk menjalin hubungan diplomatik.

2022

Pada Julai 2020, Arab Saudi mengumumkan menarik balik sekatan terhadap semua ‘pesawat’ yang menggunakan ruang udaranya sekali gus menunjukkan sikap keterbukaan yang jelas terhadap Israel.

Perkembangan itu dibuat sempena kunjungan Presiden Amerika, Encik Joe Biden yang melakukan penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi. Encik Biden memecah rekod sebagai Presiden Amerika pertama menaiki pesawat dari negara Yahudi ke Arab Saudi yang sehingga kini masih belum mengiktiraf Israel.

Encik Biden mengalu-alukan keputusan ‘bersejarah’ itu yang disifatkannya sebagai langkah damai terkini oleh Riyadh dengan Israel.

Disember 2022


Sebaik menjawat semula jawatan, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berikrar mahu menjalinkan hubungan diplomatik secara penuh dengan Arab Saudi dalam usaha berdamai dengan rakyat Palestin.

2023

20 Januari 2023


Pada Januari 2020, diplomat tertinggi Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, dalam hantaran di Twitter dilaporkan tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel sekiranya tiada penyelesaian dua negara dengan Palestin.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan perjumpaan Encik Netanyahu dengan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan di Baitulmakdis untuk membincangkan penormalan dengan Arab Saudi.

Februari 2023


Sudan secara rasmi mengumumkan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Jun 2023


Amerika mendesak penormalan hubungan Israel dengan Arab Saudi. Hal itu disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony J. Blinken, menjelang lawatannya ke Riyadh dan Jeddah

Ogos 2023


Arab Saudi menamakan seorang duta bukan pemastautin untuk Wilayah Palestin, yang akan turut bertugas sebagai konsul jeneral di Baitulmakdis – satu langkah yang dilihat mempunyai kaitan dengan usaha yang dirintis Amerika untuk Arab Saudi menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.


KEKANGAN

Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa Putera Mohammed bin Salman, khuatir mendapat tentangan keluarganya jika beliau bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Kekangan terbesar jalinan hubungan diplomatik Arab Saudi-Israel selama ini berpaksikan kepada reaksi domestik dan serantau, malah Arab Saudi menganggap tidak perlu menjalin hubungan diplomatik di luar kerangka Inisiatif Perdamaian Arab. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >