Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hubungan diplomatik pulih: Israel buka kedutaan di Bahrain

Sep 05, 2023 | 12:27 PM



MANAMA (Bahrain): Israel secara rasmi telah membuka kedutaannya di Bahrain pada Isnin – tiga tahun selepas kedua-dua negara memulihkan hubungan.


Hubungan itu dijalin ketika Washington mendesak Riyadh supaya menandatangani perjanjian serupa yang akan menjadi kemenangan diplomatik terbesar Israel di rantau itu.

Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen, menghadiri majlis perasmian misi diplomatik itu semasa lawatan ke Bahrain yang turut disertai delegasi ahli perniagaan dan pegawai pemerintahnya.

“Menteri Luar (Bahrain) dan saya bersetuju bahawa kita harus bekerjasama untuk meningkatkan bilangan penerbangan langsung, pelancongan, jumlah perdagangan, pelaburan,” kata Encik Cohen ketika berucap di majlis itu.

Menteri Luar Bahrain, Encik Abdullatif Al Zayani, berkata bahawa perasmian kedutaan itu “menandakan komitmen bersama kami terhadap keselamatan dan kemakmuran untuk semua rakyat di rantau kami”.

Perjanjian memulihkan hubungan antara Bahrain dengan Israel adalah sebahagian daripada siri perjanjian, yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham, yang turut ditandatangani dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Maghribi dan Sudan.

Bahrain yang menempatkan pangkalan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat, adalah sebuah pulau kecil di Teluk di mana sekutu Sunni Saudi, keluarga diraja Al Khalifa, memerintah di negara yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah.

Penganalisis menyatakan hubungan rapat dengan Israel dijalin sebahagia besarnya disebabkan kebimbangan bersama mereka terhadap Iran.

Pembukaan kedutaan Israel di Bahrain dibuat ketika Amerika mendesak sekutu tradisionalnya, Arab Saudi, yang merupakan satu kuasa besar Muslim dan tuan rumah kepada dua masjid paling suci penganut Islam – supaya menandatangani perjanjian serupa.

Namun, Riyadh setakat ini telah menentang tekanan Amerika dan mengaitkan langkah itu dengan mewujudkan negara Palestin sebagai sebahagian daripada penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin, berserta beberapa tuntutan lain.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Riyadh dan Washington dikatakan telah mengadakan perbincangan mengenai syarat yang dikenakan Saudi untuk memulihkan hubungan masa depannya dengan Israel.

Ini termasuk jaminan keselamatan terhadap Saudi dan bantuan Amerika terhadap program nuklear awam dengan kapasiti pengayaan uranium. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >