Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Luar Israel di Bahrain adakan rundingan rasmi

Sep 04, 2023 | 12:58 PM



MANAMA (Bahrain): Menteri Luar Israel tiba di Bahrain pada Ahad untuk berbincang dengan pegawai kanan negara itu, dalam lawatan pertamanya ke salah sebuah negara Teluk Arab yang mempunyai hubungan dengan Israel.


Encik Eli Cohen diiringi oleh delegasi politik dan komersial dan dijadualkan bertemu Raja Bahrain serta rakan sejawatannya di Manama, semasa lawatan dua hari itu.

Ia merupakan lawatan rasmi pertamanya ke salah sebuah negara yang menandatangani Perjanjian Abraham 2020, yang diuruskan oleh Amerika Syarikat, yang menyaksikan Israel memulihkan hubungan dengan Bahrain, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi.

Kunjungan Encik Cohen itu diadakan kurang dua minggu sebelum ulang tahun ketiga perjanjian tersebut yang akan diperingati pada pertengahan September.

Walaupun kini mempunyai hubungan kukuh, Bahrain dan UAE telah menyertai negara Teluk Arab yang lain dalam mengeluarkan beberapa siri kutukan terhadap Israel tahun ini.

Penyerbuan Masjid Al Aqsa di Baitulmakdis dan serbuan tentera Israel ke atas bandar Nablus dan kem Palestin Jenin, di Tebing Barat yang diduduki, adalah antara tindakan Israel yang mencetuskan bantahan negara-negara Teluk Arab.

Kunjungan Encik Cohen bertepatan dengan spekulasi yang semakin meningkat tentang perjanjian normalisasi yang terjejas antara Israel dengan Arab Saudi, yang tidak menandatangani Perjanjian Abraham.

Riyadh dan Washington telah mengadakan perbincangan mengenai syarat-syarat Arab Saudi untuk memajukan usaha pemulihan hubungan antara kedua-dua negara tersebut, menurut sumber yang diberi taklimat mengenai mesyuarat itu.

Pengulas akhbar Israel mencadangkan usaha sedemikian telah terjejas teruk berikutan pengumuman Israel mengenai pertemuan bulan lalu antara Encik Cohen dan rakan sejawatannya dari Libya ketika itu di Rome, Italy.

Pengumuman itu mencetuskan bantahan di Libya, yang tidak mengiktiraf Israel, dan membawa kepada pemecatan Encik Najla al-Mangoush sebagai menteri luarnya.

Israel kemudiannya menafikan bahawa ia adalah punca kepada permasalahan itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >