Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hubungan M’sia, Indonesia boleh diperluas dalam banyak bidang: Anwar

Sep 05, 2023 | 12:51 PM



JAKARTA: Hubungan antara Malaysia dengan Indonesia boleh diperluaskan lagi dalam banyak bidang, termasuk perdagangan, ekonomi, dan memperkasakan seni dan budaya, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri Malaysia itu berkata walaupun Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dan hubungan dua hala – semasa Sidang Puncak Asean ke-43 di Jakarta, Indonesia – promosi seni dan budaya tidak akan ketinggalan.

“Di bawah konsep Madani, selain perbincangan meningkatkan kerjasama diplomatik dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, saya sempat meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan pelbagai pihak, termasuk pelabur dan usahawan.

“Saya juga berpeluang bertemu selebriti dan pempengaruh di sini, dan belajar daripada pengalaman mereka.

“Perbincangan kami melibatkan hubungan dua hala, serta cara memperkasakan seni dan budaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Bersama Anwar, pada Isnin malam.

Pada majlis itu, Datuk Anwar bertemu dengan pempengaruh dan selebriti Indonesia dan Malaysia, seperti Nur Fazura, Mulan Jameela, Kartika Putri dan Melly Goeslaw.

Dalam satu kenyataan berasingan, Datuk Anwar berkata penyertaan Malaysia dalam sidang puncak itu akan mengukuhkan lagi prinsip pemusatan Asean di rantau Indo-Pasifik, dan komitmennya terhadap keterangkuman dan keterbukaan dalam hubungannya dengan semua rakan kongsinya.

Datuk Anwar berharap wadah itu akan memupuk perpaduan, keselamatan dan kestabilan sambil menangani cabaran dan kepelbagaian geopolitik serantau yang sedang berkembang.

“Selain program dan acara rasmi, saya juga akan bertemu dengan rakan-rakan di Indonesia menerusi ‘Program Temu Anwar’ yang julung kali diadakan di luar Malaysia.

“Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insya-Allah,” tambah Perdana Menteri Malaysia itu, dipetik media The Star.


Terdahulu, Datuk Anwar menghadiri mesyuarat pramajlis menjelang sidang puncak itu, sebelum memulakan siri program pertama membabitkan diaspora Malaysia dan Indonesia.

Beliau tiba di Jakarta pada Isnin petang dan memimpin delegasi Malaysia ke sidang puncak dan sidang berkaitan, yang dijadual berlangsung mulai Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >