Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hujan lebat, banjir kilat tenggelami 6 kampung di Perlis

Sep 26, 2023 | 01:48 PM



ARAU (Perlis): Enam kampung di Kangar, Arau dan Padang Besar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sepanjang Isnin di sekitar Perlis.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata hujan berterusan menyebabkan beberapa sungai di negeri itu turut melimpah sehingga memasuki kediaman penduduk.

“Tinjauan kita sejak 7.40 malam tadi mendapati kawasan di Ulu Pauh, Arau, terjejas selepas air Sungai Kampung Lalang dan Sungai Kampung Cik Mat Taha mulai naik sejak petang sehingga melimpah memasuki kediaman penduduk di Kampung Ulu Pauh serta Kampung Tengah Ulu Pauh.

“Selain itu, kawasan di Taman Gembira, Repoh di Kangar dan tiga kawasan di Padang Besar iaitu Sungai Chuchuh dan Sungai Kok Mak di Titi Tinggi Hilir serta Sungai Batu Bertangkup di Chuping, menjadi antara kawasan yang turut mengalami banjir kilat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, terutama ketika Monsun Timur Laut yang sedang melanda.

“Setakat ini, seramai 23 orang daripada enam keluarga di Kampung Ulu Pauh terjejas akibat banjir kilat yang menenggelami rumah mereka.

“Bagi tujuan keselamatan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid al-Imran, Ulu Pauh, sudah dibuka tetapi mangsa didapati enggan berpindah buat masa ini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Megat Hashirat Hassan, turut dilihat turun padang meninjau keadaan penduduk dan menggesa mereka untuk segera berpindah sekiranya banjir semakin buruk di lokasi terbabit.

Sementara itu, aras sungai tiga daerah di Kedah terus menunjukkan peningkatan melebihi tahap bahaya berikutan hujan lebat pada Isnin.

Berdasarkan maklumat Public Infobanjir setakat 7 pagi Selasa, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di Kota Setar berada pada 2.69 meter (m) melebihi tahap bahaya 2.6m manakala Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang mencatat 22.71m.

Sungai Gurun di Kampung Perupok pula direkodkan pada 3.75m melebihi tahap bahaya 3.5m.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >