Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan lebat landa Jakarta, ratusan penduduk dipindah akibat banjir

Mar 4, 2025 | 6:56 PM
Penduduk berpindah dari kawasan kediaman yang dilanda banjir selepas hujan lebat melanda Bekasi, di pinggir Jakarta, Indonesia, pada 4 Mac 2025.
Penduduk berpindah dari kawasan kediaman yang dilanda banjir selepas hujan lebat melanda Bekasi, di pinggir Jakarta, Indonesia, pada 4 Mac 2025. - Foto REUTERS

JAKARTA: Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di beberapa kawasan sekitar Jakarta dan bandar-bandar satelitnya. Hujan lebat yang bermula pada 3 Mac telah mengakibatkan sungai-sungai utama melimpah, menenggelamkan kawasan kediaman dan mengganggu aktiviti harian.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), tiada laporan kematian setakat ini, namun lebih 1,400 orang di sebuah kampung di Jakarta Timur terjejas selepas Sungai Ciliwung melimpah. “Air naik dengan cepat, kami tak sempat selamatkan banyak barang,” kata seorang penduduk, Cik Rahmawati, yang rumahnya dinaiki air hampir dua meter.

Di Bogor, lebih 300 penduduk telah dipindahkan selepas rumah mereka rosak akibat banjir. BNPB turut melaporkan bahawa sebuah jambatan runtuh di kawasan tersebut. Di Tangerang, kira-kira 350 rumah turut dinaiki air selepas Sungai Cimanceuri melimpah.

Dalam kejadian di Jakarta Selatan, beberapa penduduk terpaksa berlindung di bumbung rumah atau menggunakan tali untuk meredah air banjir. Seorang saksi, Encik Yanto, berkata: “Kami hanya boleh menunggu bantuan, air semakin tinggi.”

Pihak berkuasa telah menggerakkan usaha bantuan dengan menyediakan makanan siap sedia, selimut, serta terpal bagi mangsa banjir. Pasukan penyelamat turut menggunakan bot getah bagi memindahkan mereka yang terperangkap. “Jika ada keperluan tambahan, masyarakat boleh meminta. Kami bersedia membantu,” kata Timbalan Ketua BNPB, Encik Lukmansyah.

Jakarta berisiko tinggi menghadapi banjir pada musim hujan yang biasanya berlangsung dari November hingga Mac. Kejadian banjir besar terakhir berlaku pada tahun 2020, apabila hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan meragut hampir 70 nyawa.
Seorang penduduk yang masih menunggu bantuan, Encik Hasan, berkata: “Setiap tahun begini, tapi penyelesaian jangka panjang masih tidak jelas. Kami hanya berharap keadaan cepat pulih.” - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg