Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk diarah pindah elak risiko Gunung Lewotobi, Indonesia meletus

Feb 13, 2025 | 2:24 PM
Kegiatan gunung berapi di Gunung Lewotobi Laki-Laki pada November 2024 memuntahkan abu dan bahan gunung berapi yang memburukkan mutu udara dengan ketara di wilayah itu. Letusan itu mengeluarkan abu tebal berwarna kelabu setinggi tiga kilometer (km), yang tersebar ke arah barat dan barat daya kawah.
Kegiatan gunung berapi di Gunung Lewotobi Laki-Laki pada November 2024 memuntahkan abu dan bahan gunung berapi yang memburukkan mutu udara dengan ketara di wilayah itu. Letusan itu mengeluarkan abu tebal berwarna kelabu setinggi tiga kilometer (km), yang tersebar ke arah barat dan barat daya kawah. - Foto Fail

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada 13 Februari telah menaikkan tahap amaran untuk Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, ke tahap tertinggi.

Zon larangan telah diperluaskan dan penduduk dari enam kampung diarahkan supaya segera berpindah bagi mengelakkan risiko letusan gunung berapi.

Gunung Lewotobi Laki-Laki setinggi 1,584 meter di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, juga pernah meletus dengan enam letusan direkodkan antara 1 dengan 7 Januari.

Pada November 2024, gunung berapi berkembar itu telah meletus beberapa kali menyebabkan sembilan kematian, pembatalan penerbangan antarabangsa ke Bali serta memaksa ribuan penduduk berpindah.

Langkah kecemasan terbaru itu diambil selepas peningkatan kegiatan seismik dan gunung berapi.

“Hasil pemantauan visual dan kegiatan seismik menunjukkan peningkatan mendadak dalam gempa gunung berapi,” kata Ketua Badan Geologi Indonesia, Dr Muhammad Wafid, dalam satu kenyataan pada 13 Februari.

“Letusan berpotensi berlaku dalam waktu terdekat,” ujarnya lagi.

Susulan peningkatan kegiatan, tahap amaran dinaikkan ke peringkat tertinggi dalam sistem empat tahap bermula pada 3 pagi 13 Februari.

Dr Wafid turut memberi amaran tentang kemungkinan banjir lahar, sejenis aliran lumpur atau serpihan yang berbahaya.

Mendapan lava serta bahan berpotensi membentuk aliran lumpur gunung berapi.

Selain aliran lava panas, potensi bahaya semasa termasuk awan panas dan aliran lumpur gunung berapi.

“Penduduk sekitar Gunung Lewotobi Laki-Laki harus berjaga-jaga terhadap potensi banjir lahar di sungai yang berpunca daripada puncak gunung, terutama jika berlaku hujan lebat,” katanya.

Zon larangan juga diperluaskan dari lima kilometer ke enam kilometer di sekitar kawah, melibatkan enam kampung yang mesti dikosongkan segera.

Dr Wafid tidak menyebut jumlah penduduk yang terjejas, namun menegaskan pentingnya tindakan pantas. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg