Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan lebat terus landa NZ; warga hilang dibawa arus disahkan terkorban

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



AUCKLAND: Angka kematian di New Zealand akibat hujan lebat meningkat kepada empat orang semalam sedang banjir kilat dan tanah runtuh di pulau utara itu berterusan untuk hari ketiga.



Dipukul hujan sejak Jumaat lalu, Auckland, bandar terbesar New Zealand dengan 1.6 juta penduduk, kekal dalam keadaan darurat.



Agensi ramalan cuaca negara itu, MetService, memberi amaran tentang cuaca yang lebih buruk semalam dan hari ini di pulau utara. Hujan lebat juga boleh menyebabkan banjir kilat, katanya.



Kecemasan itu meliputi kawasan besar di pulau utara, dengan Daerah Waitomo kira-kira 220 kilometer dari Auckland, mengisytiharkan darurat lewat Sabtu.



Polis mengesahkan bahawa seorang lelaki yang hilang selepas hanyut Jumaat lalu di Onewhero, sebuah perkampungan luar bandar sekitar 70km selatan Auckland, telah meninggal dunia.



"Perkara yang paling mengerikan ialah kami telah kehilangan nyawa," kata Timbalan Perdana Menteri, Cik Carmel Sepuloni, kepada media di Auckland.



Perubahan iklim menyebabkan episod hujan lebat menjadi lebih kerap di New Zealand, walaupun kesannya berbeza mengikut wilayah.



Menteri Perubahan Iklim, Encik James Shaw, menyebutkan tentang kaitan dengan perubahan iklim kelmarin apabila beliau melahirkan sokongannya kepada mereka yang terjejas akibat banjir itu di Twitter.



Semalam, polis berkata mereka sedang membantu dengan pengurusan lalu lintas dan penutupan jalan raya di Daerah Waitomo selepas hujan lebat "menyebabkan banyak kerosakan". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >