Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imam Masjidil Haram pesan orang ramai agar hati-hati tentang kempen haji palsu

May 10, 2025 | 2:15 PM
Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama. - Foto LAMAN HAJJ & UMRAH PLANNER

MAKKAH: Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara menerusi khutbah Jumaat beliau pada 9 Mei.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, beliau memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama.

Sheikh Dr Abdulrahman turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng.

Beliau memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh.

Menurutnya, kesedaran masyarakat merupakan asas utama kepada keselamatan sosial sesebuah negara. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg