Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imigresen M’sia semak perjawatan, latihan pegawai bagi tangani sesak Koswe dan Linkedua

Jul 20, 2023 | 02:27 PM









KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia sedang menimbang untuk mengkaji semula perjawatan pegawainya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru bagi menangani masalah kesesakan di pintu masuk yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.


Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata perkara berkenaan akan membabitkan tambahan perjawatan baru dan penyingkatan tempoh latihan bagi kadet di Akademi Imigresen bagi memenuhi keperluan perjawatan sedia ada dengan segera.

“... tetapi apa yang penting isu kesesakan ini menjadi perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) begitu juga Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) yang sentiasa proaktif untuk menambah baik proses kemasukan.

“...dan kalau tengok Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi juga turun padang bagi (meninjau dan mengambil langkah) melicinkan proses keluar masuk,” katanya selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV bertajuk ‘Inisiatif Tangani Kesesakan Pintu Masuk Negara’ malam ini.

Beliau berkata secara purata pergerakan keluar masuk di BSI, di Koswe, ialah 250,000 orang sehari, dan jumlah itu boleh bertambah dua kali ganda ketika musim perayaan dan cuti panjang manakala purata pergerakan keluar masuk bagi KSAB, di Linkedua, seramai 10,000 orang sehari.

Mengulas mengenai dakwaan wujud budaya rasuah di pintu masuk Malaysia, beliau berkata Jabatan Imigresen tidak akan bersikap defensif malah mengambil pendekatan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan bagi menjalankan siasatan.

“Saya tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita ada hampir 15,000 kakitangan tetapi kerana segelintir, yang lain terpalit. Peranan dan jasa mereka dalam mempertahankan dan menjaga sempadan amat kuat, saya tak nak perkara ini memberi kesan kepada pegawai lain, menjatuhkan moral mereka untuk bertugas.

“Saya di peringkat pengurusan tertinggi akan bersama-sama dengan pegawai kita untuk memastikan perkhidmatan kita ini terus sampai kepada rakyat dengan lebih, cekap, efisien dan berintegriti,” katanya. – Bernama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >