Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Indeks jenayah KL turun 10.3%

Sep 20, 2023 | 03:55 PM



KUALA LUMPUR: Indeks jenayah Kuala Lumpur menunjukkan penurunan sebanyak 10.3 peratus antara 1 Januari hingga 31 Ogos 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata pengurangan sebanyak 10.3 peratus atau 334 kes adalah bukti kerja keras semua pegawai dan anggota polis.

“Kami juga menyelesaikan 2,072 kes pada 2023 ini, berbanding 2,488 kes pada 2022.

“Jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 15.8 peratus pada 2023, manakala jenayah membabitkan harta benda turun 8.8 peratus pada 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022,” katanya, seperti dilapor The Star.


Datuk Allaudeen berkata dengan kira-kira tiga bulan lagi menjelang 2024, Polis Kuala Lumpur menyasarkan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak mungkin.

“Keselamatan dan keselamatan orang ramai adalah keutamaan kami,” tambahnya.

Dalam usaha memerangi kegiatan penagihan dan pengedaran dadah pula, beliau berkata sejumlah RM53 juta ($15.3 juta) dadah dirampas antara Januari hingga Ogos 2023.

“Kami juga menahan 9,765 individu atas kesalahan jenayah berkaitan dadah setakat 2023. Ia meningkat 350 orang, berbanding 9,415 orang yang ditahan pada 2022,” tambahnya.

Menurut Datuk Allaudeen, usaha untuk membanteras jenayah penipuan (scam) di bandar ini tidak dipinggirkan dan setakat ini 64 serbuan telah dijalankan terhadap pusat panggilan yang digunakan oleh sindiket penipuan sepanjang 2023.


“Kadar pendakwaan kami adalah kira-kira 58 peratus. Polis Kuala Lumpur akan terus memperhebatkan usaha untuk memastikan sindiket penipuan tidak terus berleluasa,” katanya.

Sementara itu, mengenai operasi trafik berskala besar ‘Hormat Undang-Undang’, Datuk Allaudeen berkata 24,155 saman telah dikeluarkan setakat ini.

“Operasi ini bertujuan mewujudkan lebih kesedaran tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya. Ia akan berjalan sehingga 30 September ini dengan kira-kira 1,000 anggota dan pegawai polis terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Allaudeen turut mendedahkan seramai 18 anggota dan pegawai polis dipecat kerana pelbagai kesalahan, manakala lapan lagi diturunkan pangkat.

“Perkara berkait integriti dalam polis Kuala Lumpur sentiasa menjadi keutamaan. Setakat ini kami telah membuka 157 kertas siasatan tatatertib bagi 2022, berbanding 164 tahun 2023,” katanya.

Datuk Allaudeen berkata polis mengambil tindakan tegas ke atas pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan disiplin bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >