Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pesara dakwa rugi RM1.4j ditipu ‘scammer’

Sep 13, 2023 | 01:31 PM



IPOH: Padah selepas terpedaya dengan panggilan telefon penipu (scammer) yang menyamar sebagai polis dan pekerja syarikat penghantaran mengakibatkan seorang warga emas kerugian RM1.4 juta ($400,000).


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pesara wanita berusia 62 tahun itu mendakwa terpedaya dengan panggilan telefon daripada suspek yang menghubunginya sejak 2020.

Beliau memberitahu bahawa mangsa itu mendakwa panggilan pertama daripada scammer berkenaan diterima pada 27 Mac 2020, dengan suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran dan mendakwa mangsa mempunyai bungkusan bermasalah.


“Mangsa dikatakan diminta membuat pengesahan apabila ‘pekerja penghantaran’ itu memberikan nombor telefon palsu kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis kemudiannya memaklumkan mangsa terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram dan dadah.

“Mangsa juga telah ditunjukkan dokumen waran tangkap mahkamah atas namanya sehingga menyebabkan wanita itu mempercayai dakwaan suspek,” kata Datuk Yusri dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata sepanjang urusan mangsa dengan ‘IPK Sabah’ mengenai kes ‘jenayah’ itu, beliau berkomunikasi dengan lima suspek berlainan yang menyamar sebagai pegawai polis dalam perwatakan berlainan.

“Pengadu mendakwa telah mendedahkan semua maklumat sulit mengenai akaun bank dan akaun dompet digital kepada suspek.

“Mangsa juga mendakwa mengikuti semua arahan suspek untuk membuat pemindahan wang ke pelbagai akaun bank milik individu lain,” katanya.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas seorang suspek yang berjanji akan datang berjumpanya di bandar itu mengenai kes itu sejak 2020 tidak muncul.

“Dalam kes ini, pengadu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM1.4 juta dalam bentuk wang dan mata wang kripto USDT,” katanya.

Justeru, Datuk Mohd Yusri menegaskan pihaknya memberi amaran kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon yang mencurigakan.


Jelasnya, agensi kerajaan tidak akan meminta maklumat akaun bank peribadi daripada orang awam atau meminta melakukan pemindahan pembayaran wang ke akaun bank lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >