Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

India larang eksport beras utama, cetuskan kebimbangan inflasi

Jul 21, 2023 | 03:32 PM



NEW DELHI: India mengarahkan penghentian kategori eksport beras terbesarnya dalam satu langkah yang boleh mengurangkan separuh penghantaran oleh pengeksport bijirin terbesar dunia itu dan sekali gus mencetuskan kebimbangan inflasi berterusan di pasaran makanan global.


Pemerintah berkata ia mengenakan larangan ke atas beras putih bukan basmati selepas harga beras runcit naik 3 peratus dalam masa sebulan selepas hujan monsun menyebabkan kerosakan besar pada tanaman.

India menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada eksport beras dunia, dan inventori yang rendah dengan pengeksport lain bermakna sebarang pengurangan dalam penghantaran boleh meningkatkan harga makanan yang sudah meningkat dek pencerobohan Russia ke atas Ukraine tahun lalu dan diburukkan oleh cuaca tidak menentu.

“Untuk memastikan ketersediaan beras putih bukan basmati yang mencukupi di pasaran India dan untuk meredakan kenaikan harga dalam pasaran domestik, pemerintah India telah meminda dasar eksport,” kata kementerian makanan dalam satu kenyataan yang memetik 11.5 peratus kenaikan harga runcit dalam tempoh 12 bulan.

Kategori berimpak, beras putih bukan basmati dan beras pecah, menyumbang kira-kira 10 juta tan daripada sejumlah 22 juta tan eksport beras India tahun lalu.

Pemerintah India menjelaskan lewat Khamis bahawa beras separuh empuk (parboil) yang mewakili 7.4 juta tan eksport pada 2022, tidak termasuk dalam larangan itu.

Tindakan itu menunjukkan sensitiviti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi terhadap inflasi makanan menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Pentadbirannya telah melanjutkan larangan eksport gandum selepas mengekang penghantaran beras pada September 2022. Ia juga mengehadkan eksport gula tahun ini apabila hasil tebu menurun.

“India akan menjejas pasaran beras global dengan kelajuan jauh lebih cepat daripada yang dilakukan Ukraine dalam pasaran gandum ekoran pencerobohan Russia,” kata B.V. Krishna Rao, presiden Persatuan Pengeksport Beras kepada Reuters.

Beras adalah makanan asas utama lebih daripada tiga bilion orang, dan hampir 90 peratus daripada tanaman intensif air dihasilkan di Asia, di mana corak cuaca El Nino biasanya membawa hujan yang lebih rendah.

Harga global beras sudah pun berlegar pada paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

Walaupun Thailand dan Vietnam tidak mempunyai inventori yang mencukupi untuk menampung kekurangan itu, pembeli Afrika akan paling terjejas oleh keputusan India, kata Rao lagi. Pembeli utama beras India yang lain termasuk Benin, Senegal, Pantai Gading, Togo, Guinea, Bangladesh dan Nepal.

Larangan itu akan berkuat kuasa mulai 20 Julai, tetapi kapal yang sedang diisi muatan beras akan dibenarkan meneruskan eksport.

Hujan lebat di bahagian utara India sejak beberapa minggu lalu telah merosakkan tanaman yang baru ditanam di wilayah Punjab dan Haryana, dan ramai petani terpaksa menanam semula.

Di negeri-negeri utama penanaman padi lain, petani telah menyediakan tapak semaian padi tetapi tidak dapat memindahkan anak benih kerana hujan yang tidak mencukupi.

Minggu ini, harga beras yang dieksport dari Vietnam, pengeksport ketiga terbesar dunia selepas India dan Thailand, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sedekad berikutan kebimbangan bekalan yang semakin meningkat akibat El Nino.

Pembeli mungkin beralih ke Thailand dan Vietnam, tetapi beras pecah 5 peratus mereka boleh menelan kos $600 setiap tan metrik, kata seorang peniaga Eropah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >