Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

India timbang larang eksport beras jika harga domestik lonjak

Jul 14, 2023 | 12:54 PM
HARGA BERAS TERUS MENINGKAT: Seorang pekedai sedang menjahit di pasar borong beras di bandar Kolkata di timur India.
HARGA BERAS TERUS MENINGKAT: Seorang pekedai sedang menjahit di pasar borong beras di bandar Kolkata di timur India. - Foto REUTERS

NEW DELHI: India, pembekal beras terbesar dunia, sedang mempertimbangkan untuk melarang eksport kebanyakan jenis berasnya, satu langkah yang mungkin menyebabkan harga beras global naik lebih tinggi jika cuaca El Nino mengganggu kembali.

Pemerintah negara itu sedang membincangkan rancangan untuk melarang eksport semua beras bukan basmati, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Pihak berkuasa mahu mengelak risiko inflasi lebih tinggi sebelum pilihan raya umum yang akan datang ini, tambah sumber itu lagi.

Larangan itu akan menjejas sekitar 80 peratus eksport beras India.

Meskipun larangan eksport itu mungkin menurunkan harga domestik, namun ia berisiko meningkatkan kos global naik lebih tinggi.

Beras adalah makanan asas utama bagi sekitar separuh penduduk dunia, dengan Asia menggunakan 90 peratus daripada bekalan global.

Harga penanda aras telah pun melonjak ke paras tertinggi dua tahun kebelakangan ini di tengah-tengah kebimbangan bahawa fenomena cuaca El Nino kembali akan menjejas tanaman.

India menyumbang sekitar 40 peratus daripada perdagangan beras global dan telah berusaha mengetatkan perdagangan beberapa jenis beras keluarannya.

Pada 2022, negara Asia Selatan itu melarang eksport beras jenis murah dan mengenakan cukai 20 peratus ke atas penghantaran beras putih selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang menyaksikan harga gandum dan jagung melambung tinggi.

Pada masa itu, India juga telah menyekat eksport gandum dan gula.

Pengimport seperti Indonesia, China dan Filipina secara agresif menyimpan stok beras tahun ini.

El Nino telah meninggalkan buat kali pertamanya kesan buruk di negara tropika di Pasifik dalam tempoh tujuh tahun, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia. Ia membawa bersamanya ancaman kemarau di kebanyakan kawasan penanaman padi.

Yang pasti, potensi larangan oleh India akan menambah kebimbangan mengenai bekalan.

Rancangan India itu dibuat selepas inflasi harga penggunanya meningkat pada Jun, terutamanya disebabkan oleh harga makanan yang lebih tinggi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg