Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

India potong aliran air ke Pakistan

May 5, 2025 | 12:34 PM
India, Pakistan, Chenab, Baglihar, bekalan air
India telah memotong bekalan air ke Pakistan dari empangan Baglihar di Sungai Chenab dan juga sedang bersiap sedia untuk mengurangkan air yang mengalir dari projek Kishanganga di Jhelum, berikutan keputusannya untuk tidak membenarkan “setitik pun air” mengalir ke negara jirannya, Pakistan, dari Sungai Indus. - Foto AFP

NEW DELHI: India telah memotong bekalan air ke Pakistan dari empangan Baglihar di Sungai Chenab dan juga sedang bersiap sedia untuk mengurangkan air yang mengalir dari projek Kishanganga di Jhelum.

Ia berikutan keputusannya untuk tidak membenarkan “setitik pun air” mengalir ke negara jirannya itu dari Sungai Indus.

Selepas seminggu rundingan dan ujian hidrologi, India telah memulakan operasi pembuangan mendapan di Empangan Baglihar dengan menurunkan pintu air, sekali gus mengurangkan aliran air ke hiliran Pakistan sehingga 90 peratus.

Menurut seorang pegawai Perbadanan Kuasa Hidroelektrik Kebangsaan pada 4 Mei, operasi serupa turut dirancang bagi Empangan Kishanganga.

“Kami telah menutup pintu air bagi Projek Hidroelektrik Baglihar. Proses pembuangan mendapan di takungan telah dilaksanakan dan kini ia perlu diisi semula.

“Proses itu dimulakan pada 3 Mei,” kata seorang lagi pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Tindakan India itu diambil beberapa jam selepas Pakistan menguji peluru berpandu balistik dari permukaan ke permukaan pada 3 Mei.

India juga telah mengambil tindakan mengharamkan kapal yang membawa bendera Pakistan daripada berlabuh di semua pelabuhan di negara itu.

Empangan Kishanganga, loji kuasa hidroelektrik mega pertama yang terletak di utara barat Himalaya di lembah Gurez, juga akan menjalani kerja penyelenggaraan besar-besaran “tidak lama lagi” dan semua aliran air ke hilir akan dihentikan.

Pakistan telah membantah reka bentuk kedua-dua empangan tersebut.

India menghentikan sementara perjanjian air Indus yang berusia enam dekad dengan Pakistan, yang sudah tegang akibat pertikaian berlarutan, sehari selepas pengganas membunuh berpuluh-puluh pelancong di Pahalgam, Kashmir, pada 22 April.

Pegawai tersebut menambah bahawa India “sedang meneroka semua cara yang mungkin untuk menggunakan perairan sungai kami untuk faedah rakyat kami sendiri”.

Pihak berkuasa Kementerian Jal Shakti telah mengemas kini pelbagai langkah yang sedang dirancang untuk menambah bekalan air ke negeri-negeri utara dari Sungai Indus.

“Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap Pakistan dan hampir 50 jurutera sudah berada di Jammu dan Kashmir untuk mengawasi operasi,” kata pegawai berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata India telah mencapai kemajuan stabil dalam empat projek kuasa hidroelektrik yang sedang dijalankan di Sungai Chenab dan anak sungainya di Jammu serta Kashmir, dan ia mungkin mula berfungsi pada 2027 atau 2028. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg